Kenderaan berusia 12 tahun diharamkan di atas jalan raya.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Kenderaan berusia 12 tahun diharamkan di atas jalan raya. Makin hari, makin banyak nampaknya undang-undang baru  yang menekan rakyat bawahan. Manakan tidak! Bila aku terbaca, yang jabatan pengangkutan jalan (JPJ) akan mengharamkan kenderaan berusia 12 tahun berada di atas jalan raya, aku dah boleh nampak masalah ekonomi yang bakal melanda hampir kebanyakkan daripada penduduk Malaysia.

Hutang kereta dah 9 tahun. Setiap bulan kena usaha cari duit nak bayar kereta. Lepas habis je bayar kereta selama 9 tahun, kita Cuma boleh pakai selama 3 tahun, dan selepas itu, kita perlu memikirkan semula apakah kenderaan yang kita mahukan dan kembali berhutang. Harga kenderaan semasa ketika itu sudah pasti lah semakin meningkat! Dan bayaran serta kelulusan dari pihak bank sudah pasti semakin ketat. Jadi apa yang bakal terjadi kepada keluarga yang tidak mampu?

Alasan yang diberikan cukup mudah. Kenderaan yang melebihi 12 tahun berpotensi tinggi terlibat di dalam kemalangan? Rasanya, bukan rasanya, kalau kita tengok gambar-gambar kemalangan, boleh dikatakan banyak kenderaan yang baru. Dan bukannya kenderaan lama. Betul tak? Ke aku salah tengok? Dia kalau nak berlaku kemalangan, dia bukan kira kenderaan tu baru ke lama, dia tengok pada situasi pemandu tu. Kalau pemandu kenderaan tu tak memandu dengan baik, confirm lah boleh berlaku kemalangan. Kan?


Aku terfikir jugak, kalau lah jadi undang-undang baru ni. Camna lah dengan nasib peniaga kereta terpakai, kan? Yelah, banyak juga kenderaan yang mereka jual, tarikh pembuatannya sudah lama. Silap-silap, kita boleh pakai 2-3 tahun je lepas beli. Lepas tu? Lepas tu kena fikir kan balik kewangan untuk beli kenderaan baharu. Adoii la.

Aku Cuma berharap, undang-undang ini akan dinilai semula. Kalau ye pun nak di jalankan juga, berilah bantuan samada kurangkan harga*sebenar-benar kurangkan harga* atau beri kemudahan lain macam bantuan kepada sesiapa yang ingin beli kereta baru. Ataupun beli kereta tanpa downpayment dan juga kelulusan segera daripada pihak bank.


Ini tidak, nak dapatkan kelulusan pihak bank pun dah rasa payah sangat. Dengan macam-macam yang mereka lihat. Dengan bayaran bulanan kenderaan yang semakin tinggi. Inilah salah satu sebab kenapa banyak keluarga yang masih menggunakan kenderaan yang sama. Aku berharap sangat agar ianya di kaji semula. Terima kasih.

4 ulasan:

  1. Rakyat marhaen ramai lg yg susah.... tak mampu nak milik kereta baru....

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang atasan tak nampak benda ni. yang mereka nampak, keuntungan sahaja..hmm

      Padam
  2. apa je yg membawa keuntungan pd menteri tidak akan di ubah..kita ni bukan siapa2 pun kat mata dorg..sebagai bukti..1.5 juta bakal dibawa masuk..dorg fikir untung..tp x fikir keselamatan rakyat..:')

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, buat lah apa pun, mereka takkan pandang punya. yang mereka tahu, keuntungan. huhuhuhu

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.