Punca Kaki kerap kejang waktu tidur!

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Punca Kaki kerap kejang waktu tidur! Rasanya bukan aku sorang je, tapi ramai yang mengalami perkara yang sama macam aku. Korang bayangkan, korang tengah sedap di buai mimpi indah, tiba-tiba terjaga, dan kaki korang kejang tahap gaban sakit dia. Meleleh air mata ni ha menahan sakit! Kejang dekat bahagian betis pulak tu. Adoi la! Apa Punca Kaki Kejang Semasa Tidur ni eh?

Wife aku cakap, sebab kaki aku terlalu sejuk. Aku kalau tidur, aku pakai kipas kaki tu. Dah nama pun kipas kaki, letaknya pun dekat bahagian kaki la kan? Lepas tu, wife aku dia dah sediakan selimut untuk aku, sebab dia tahu aku memang tak boleh sangat dengan suhu sejuk ni kalau tidur, tapi korang tau mana aku letak selimut tu? Hahaha, dekat bawah katil. Dan akibat daripada tu, ha, amik kau, kejang kaki aku malam tadi!

Kaki Kejang Bila Sejuk ni memang biasa pada aku. Bila sebut biasa je, maknanya aku kerap kena la kan? Ha, pernah sekali tu, g honeymoon. Bilik hotel kan pakai aircond. Di bukaknya sejuk-sejuk. Tengah syok tidur, terjaga! Dan! Warghh! Meraung aku sorang-sorang. Wife waktu tu memang tak tahu pape la. Puas aku menahannya sorang-sorang. Ish! Apa la! Dia pandang aku dengan perasaan tak tentu arah. Dia tau tak aku tengah layan feel Kejang Otot Betis ni?

Kalau korang rajin la mencari Punca Kaki Kejang Pada Waktu Malam ni, banyak yang menceritakan perihal pergerakan otot yang tak sekata. Ha, faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? Kalau tak faham, silalah search keyword yang aku beri tu ya! Hehehe. Yang sebenarnya, tubuh badan kita ni penuh  dengan otot. Jangan ingat mereka yang pergi gym tu sahaja penuh dengan otot ya!


Di dalam keadaan yang sejuk, pergerakan otot menjadi tidak sekata yang mengakibatkan kaki kita menjadi terbelit! Wahahaha, aku tak pandai la nak bercerita, aku bukan doctor. Aku keje kilang je. Aku nak kasitau, yang bila kejadian kejang tu berlaku, sakit dia ibarat macam kaki kita ni terbelit. Ha, cam gitu..

Aku dulu, waktu aktif bina badan, kerap juga kena Otot Kejang Selepas Gym ni. Korang bayangkan, dia kejang dekat bahagian back. Lower back pulak tu. Adoi la, tak tercapai tangan aku nak mengurutnya! Ha! Sebut pasal mengurut ni, kan aku cakap, aku kerap kena Kejang Otot Betis ni. Aku dah dapat 1 counter measure bila berlaku kes macam ni.

Saat korang berhadapan dengan Kaki Kejang secara Tiba-tiba ni, korang cuba urut dekat area yang kejang tu. Macam aku, aku mengurut dari atas lutut bawa ke bawah. Urut je kuat-kuat. Sambil tu cuba untuk gerakkan jari-jari kaki korang. Bila aku buat macam tu, masa dia kejang tu, kejap je, tak sampai 5 minit. Ha. Dan potensi untuk otot betis korang sakit waktu berjalan juga sangat kurang. Ha, cam gitu.


Orait! Cukup cerita aku pasal Kaki Kejang Bila Sejuk ni. Tapi kan, waktu aku dok cari keyword berkaitan Kejang Otot Betis ni, aku terjumpa 1 keyword, Kejang Otot Dada! Wow! Ada ke? Ini dah confirmlah wanita je yang kena kan? Tak kan laki pun kena jugak? Eh? Ada ke laki yang kena? Yang aku tau, kawan aku, lelaki, dia pernah kena Kejang Otot Punggung! Hahahaha. Orait, habis ceritaejoy pasal kejang ni. Kang aku cerita banyak-banyak, aku pulak yang kejong kat sini. Hahahahaha.

4 ulasan:

  1. tak pernah lagi la kena. tapi kalau duduk lama2 haa siap ah.

    BalasPadam
  2. masa kecik2 dlu mmg slalu gile kena kejang otot kt betis ni huhu
    sekarang ni syukur xde la plak... otot sy bnyk dah mati kah? haha..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.