Rezeki tak berkat!
Rezeki tak berkat! Harini aku kembali semula menulis di blog
ceritaejoy selepas bercuti untuk tahun baru cina. Tahun ni tahun monyet
(mengikut calendar orang cina la). Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Tapi pasal
rezeki tak berkat ni. Kenapa Rezeki Tak Berkat? Ha, salah satunya nil ah, yang
aku nak cerita ni.
Punca Rezeki Tak Berkat ni, cuba kita*aku guna kita sebab
aku sendiri pun kadang-kadang buat* tengok balik kerja kita. Betul ke kita ni
buat kerja dengan betul? Ikut masa kerja yang betul? Katakan masuk kerja jam
0900 dan habis jam 1700. Betul ke selama waktu itu kita bekerja?
Tak usah cakap orang lain lah, aku kadang-kadang tu, rehat
15minit je, kadang-kadang terlajak sampai 30 minit. Ada masa tu, lebih daripada
tu pun ada. Tu Sebab Rezeki Tak Berkat. Ada yang lebih hebat, dari jam 0900
sampai 1700 langsung tak buat apa! Lagi hebat! Cukup bulan dapat gaji, bagi
anak bini makan duit tu. Dah semua merasa duit tak berkat tu.
Aku pernah tanya sahabat aku. Kenapa beliau berhenti kerja
dan mula berniaga. Katanya mudah sahaja. Kerja makan gaji ni, kalau tak
betul-betul, banyak makan duit tak berkat. Kalau berniaga, semuanya atas kita,
kalau kita malas, memang kuranglah kita dapat. Kalau kita usaha, insyaAllah
rezeki tu ada. Tak macam makan gaji, duduk saja sebulan, cukup bulan mesti
masuk duit.
Aku tak cakap semua orang yang makan gaji macm tu. Tapi hampir
kebanyakan orang macam tu lah. Dekat sekeliling aku pun macam tu jugak. Aku ni,
kadang-kadang pun macam tu jugak. Jadinya sama je. Bukan nak bercakap itu ini. Cuma
nak beringat saja. Itu semua termasuk diri aku jugak. Tengok balik cara kita
bekerja. Kita dapat Rezeki Yang Tak Berkat, kemudian bagi anak bini makan pula
tu. Takut yang membesar nanti, jadinya tak elok. Wallahu a’lam bish-shawabi.
hmm, betul jugak tu..
BalasPadamiya tuh, penting buat nyari berkah.
BalasPadam