Siapa tahu maksud mimpi aku ni?

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Siapa tahu maksud mimpi aku ni? Manusia kalau tidur, mesti bermimpi kan?  Kenapa Manusia Bermimpi eh? Soalan tu, tolonglah jangan tanya dengan aku, sebab aku pun alim ulama. Tapi mengikut dari bacaan dekat blog rakan-rakan lain, mimpi ini ada yang betul dan ada yang sekadar mainan tidur. Untuk lebih lanjut, bolehlah tanya dengan alim ulama di kawasan anda ya.

Orait! Siapa tahu Tafsir Mimpi Mengikut Islam? Bukan tak percaya tafsir mimpi yang lain, tapi aku lebih suka mengikut landasan yang betul. Sebab apa, bila kita baca tafsir mengikut islam dan kemudiannya baca tafsir mimpi yang lain, mesti berbeza maksudnya. Ok, aku bagi contoh, Tafsir Mimpi Budak Kecil. Kalau mengikut islam, ianya membawa maksud orang itu akan/bakal terkena sihir. Kalau mengikut tafsir lain, ianya membawa maksud, orang itu akan beroleh kegembiraan atau kekayaan. Ha.


Baik. Berbalik kepada soalan aku tadi, mengenai siapa yang boleh terangkan, apakah maksud mimpi aku ni. Aku mimpi, aku ke masjid nak solat. Dalam masjid tu ada ramai orang. Masjid tu betul-betul tepi laut. Sampaikan air laut boleh sampai ke pintu masjid. Laut tu cantik sangat-sangat. Hijau air dia. Yang menjadikan ianya pelik adalah, bila mana aku nak mula solat.

Aku duduk saf paling depan sekali. Sebelah aku ada seorang rakan. Bila aku toleh kebelakang, dah takda orang. Aiks! Mana pergi semua orang kan? Dan yang bertambah peliknya, imam takde! Adoii. Aku ada cuba cari Makna Mimpi Dalam Islam, tapi tak berjumpa. Yang ada pun, macam yang aku cakap tadi la, baca dekat blog ni, maknanya lain, baca dekat blog lain, lain pula maknanya.


Jadinya, ada sesiapa yang boleh bantu aku? Kadang-kadang tertanya juga, Kenapa Bermimpi Buruk? Apakah yang cuba disampaikan? Yelah, solat tu dah baik dah, tapi kenapa masjid yang cantik, tetiba bertukar? Mana pergi semua orang yang ada tu? Hish. Sebenarnya malas nak fikir, nak anggap tu mainan tidur je. Tapi hati ni tertanya-tanya. Hmm.

6 ulasan:

  1. Emmmm semalam sebelum tidur baca doa tidur tak ? huhu . tak tau la apa maksud dia, mintak2 bukan maksud yang buruk la eh

    BalasPadam
  2. Mungkin amalan dan ilmu agama yang kita ada, makin ke laut he...23x gurau aja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu diaaa...sifu. macam perli ja? hehehe. tapi ada benarnya juga kan? hmm..kena tengok balik ni amalan yang ada sekarang. ish!

      Padam
  3. xpandai tapi harapnya mimpi tu tidak berulang.. Org kata kalau berulang memng ada maksud.. tp kalau sekali je biasanya xde apa.. Orang katalah.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh..yeker? kalau mimpi berulang, maknanya ada maksud eh? ha, ok2..:)

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.