Trafik masuk ke blog tanpa henti.
Trafik masuk ke blog tanpa henti. Apa perasaan korang, bila
korang dah 2-3 hari tak bukak blog, tapi pageviews blog korang setiap hari
tinggi? Trafik masuk ke blog di waktu korang tengah makan, tengah mandi, tengah
tengok tv ataupun tengah tidur. Mesti seronok kan? Mungkin seronok pada mereka
yang mementingkan trafik dan mungkin biasa-biasa saja pada mereka yang sekadar
menginginkan ruang untuk berbicara.
Baiklah, ceritaejoy nak fokus pada mereka yang mahukan
trafik untuk blog mereka. Macam mana Cara Mendapatkan Traffic Blog nih? Caranya
mudah sahaja! Menulislah dengan keyword. Hahahaha. Aku dapat jawapan ni pun
dari blog otai-otai blogger Malaysia dan Indonesia. Kata mereka, “keyword” yang
hebat akan menjana trafik ke blog kita walaupun dah bertahun kita tak update
blog! Hebat kan!
Tapi kan, macam mana nak tahu atau nak cari apakah “keyword”
yang paling berkuasa. Maksud berkuasa dekat situ, keyword-keyword yang orang
cari. Yang mudah disenaraikan di paparan hadapan google. Ahha! Bukan mudah tau!
Lagi pulak blog korang “bersaing” dengan blog otai. Cuba search keyword ni “blogger sepenuh masa”. Blog ceritaejoy
berada di tengah-tengah. Hehehehe.
Apakah Cara Mencari Keyword Untuk Blog yang biasa korang
gunakan? Terus terang aku katakan, aku selalu guna google trend. Tengok apa
yang tengah trending sekarang ni, dan buat cerita dekat blog. Ada masanya aku
malas, aku tulis je apa yang aku nak tulis. Kalau dah kering sangat idea
menulis tu, aku cari cerita dekat 8Share.
Ha, ni aku nak kasi tau sikit pasal 8Share ni. Disebabkan aku
share iklan 8Share ni lah, hingga ke hari ini, blog aku masih menerima trafik
dengan keyword “sambal belacan sedap”.
Hahahaha. Rupa-rupanya orang Malaysia ni memang suka makan sambal belacan. Jangan
cakap orang lah, aku pun, kalau makan nasi takda sambal belacan, macam tak
sempurna! Kena pulak ada ikan masin+ulam-ulaman, adoi aii. Lapar oii!
Baca juga : Contoh buat duit dengan 8Share.
Orait! Kata orang, ilmu yang kita ada tu, bukan milik kita.
jadinya, nak jugak lah tahu, macam mana nak cari keyword paling laris yang boleh
kita gunakan di dalam penulisan di blog kita. Kalau di tanya dekat otai
blogger, Trafik masuk ke blog tanpa henti ni benda biasa bagi diarang. Kita ni
yang baru nak menapak dalam dunia blogging kita, kena lah sentiasa cari ilmu
baru. Kan?
Jika ada yang sudi berkongsikan cara mudah dapatkan trafik
ke blog atau macam mana nak cari keyword untuk blog, sudilah kongsikan di
ruangan komen di bawah ya. Terima kasih semua!
woww hebak la abg ejoy ni hehe. jealous tau. saya kalau tak selalu update blog senduu aje trafik hehe.
BalasPadamtapi blog abg ejoy ada pop up la hehe.
hehehhe..terima kasih..terima kasih..
Padamtapikan, pop up tu apa? hahahahahahaha
Bila klik sesuatu contohnya tajuk...atau continue reading....terus masuk ke pautan iklan :)..itu masuknya pop up..hihihi....
Padamowh.. itu sebab saya pakai iklan pop up. belajar dari sifu hasrul Hassan. salah satu cabang buat duit dengan blog. Hehehehe.
PadamWwwwwwoow nice sharing! Mcm ain berbloggig ikut mood
BalasPadamsama la kita. ikut mood juga. ada masa nk penuhkan cerita dengan keyword, rajin je mencari. sampai ke mood malas, taip je ikut apa yang ada dalam minda. hehehehe..
Padamsinggah pagi ~ http://jmbelog.blogspot.my/2016/02/rugi-tak-baca-al-quran.html
BalasPadamterima kasih ya sudi singgah..:)
Padamtahniah-tahniah semoga terus berjaya...
BalasPadamterima kasih..tapi tahniah itu untuk apa ya? hehehehhe. yang sebenarnya, saya mencari kalau-kalau ada tools untuk cari hot keyword. kalau ada yang sudi kongsikan. :)
PadamWah trafik tak henti..memang betul keyword mainkan peranan penting
BalasPadamkan..kan..keyword tu penting..walaupun entry kita cerita pasal batu bata je. hehehe
Padamwah..hebat.....cara menarik dengan 8share tu...cik akak klik...rupanya derma dua puluh sen..hahahah....cara ini..baik cik akak cuba juga...manipulasi pembaca dengan cara yang betul..
BalasPadamhehehe..saya beri contoh yang betul tu..di antara salah satu cara nak buat duit dengan 8Share adalah iklankan di blog. hehehe
Padamcik akak tak pernah buat macam nie...manipulasi pembaca dengan cara klik..cik akak ingat memang entri tips 8share...hahaha...derma dua puluh sen.....haha
Padamhehehe..salah satu cara menarik perhatian pembaca adalah menulis apa yang pembaca mahukan. tapi ianya haruslah benar dan bukan bohongan semata. hehehe
Padammenarik nii.. :)
BalasPadamterima kasih..tip yang cukup bermakna
BalasPadam