7 Makanan yang boleh menaikkan nafsu wanita.

Mac 05, 2016
http://ceritaejoy.blogspot.my/


7 Makanan yang boleh menaikkan nafsu wanita. Hahaha. kenapa aku gelak? Sebabnya harini, topik aku lain daripada yang lain. Ianya adalah mengenai pendidikan seks. Secara jujurnya, Pendidikan Seks Di Malaysia boleh dikatakan masih lagi belum menyeluruh. Sebab tu kita boleh lihat banyak kes buang bayi dekat sini. Dalam entry aku hari ini, aku bukanlah nak fokus pada pendidikan seks tu, tapi aku nak cerita mengenai beberapa makanan yang mampu menaikkan nafsu wanita. Jadinya entry ini adalah khas untuk orang wanita. Dannn, aku adalah lelaki sejati ya! Jangan ada yang fikir bukan-bukan pulak nanti.

Orait. kenapa aku tiba-tiba nak kongsikan cerita pasal nafsu ni? Jawapan dia mudah je. Sebab aku terasa nak menulis pasal benda tu! Hahaha. aku memang macam ni, apa yang aku terasa nak tulis, aku tulis je dekat blog ceritaejoy nih. Baik. Ada ke Makanan Untuk Menaikkan Nafsu Wanita nih? Ya! Ada. Ayuh lanjutkan bacaan anda!

Makanan Yang Dapat Meningkatkan Nafsu Seks Wanita.

Orait, ilmu yang aku dapat ni adalah perkongsian daripada seorang rakan. Makanan-makanan ini bukan sahaja berfungsi untuk kesihatan tetapi mempengaruhi juga kehidupan seseorang. Orait, cukup mukadimah setakat ini, jom kita tengok 7 Makanan yang boleh menaikkan nafsu wanita.

1.Bayam.

Bayam dikatakan mempunyai fungsi untuk meningkatkan peredaran darah di kawasan Miss V sehingga wanita lebih mudah mencapai orgasme.

2. Minuman anggur merah.

Jika ingin meningkatkan nafsu dengan segera, cuba minum segelas minuman anggur merah. Antioksidan pada anggur merah akan membuatkan tubuh badan menjadi lebih santai dan dapat melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.

3. Daging merah.

Kekurangan zat besi adalah salah satu faktor penyebab kurangnya nafsu ketika bersama pasangan. Pengambilan makanan seperti daging merah ini baik di dalam meningkatkan kadar zat besi di dalam badan.

7 Makanan yang boleh menaikkan nafsu wanita.

4. Ikan.

Ikan kaya dengan lemak omega 3 dan minyak dapat meningkatkan perasaan bahagia. Secara tak langsung ianya juga boleh mencetuskan keghairahan seksual.

5. Teh hijau.

Minum 2 cawan teh hijau dalam sehari dipercayai dapat meningkatkan ghairah seksual pada wanita. Ini adalah kerana, teh hijau mempunyai manfaat untuk meningkatkan peredaran darah.

6. Coklat gelap.

Coklat gelap mempunyai kandungan yang sangat baik bagi kesihatan. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan lemak pada tubuh dan sekaligus menjadikan wanita lebih berkeyakinan untuk melakukan hubungan seksual.

7. Kacang pain.

Walaupun sukar di cari di pasaran, kacang pain mempunyai manfaat yang sangat luar biasa di dalam meningkatkan ghairah seksual wanita. Kesannya sama dengan tiram yang dikatakan mampu menaikkan nafsu seksual wanita.

2 ulasan:

  1. nice share.. dah kahwin bagi bini makan bnda alah ni banyak2.. hahaha

    BalasPadam
  2. Ho ho ni memang makanan-makanan yang biasa dan senang dapat ni

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.