Kita ni pipit, mereka tu enggang.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Kita ni pipit, mereka tu enggang. Ceritaejoy kali ni, aku nak cerita pasal risiko mereka yang menunggang motosikal. Kenapa? Sebab aku adalah salah seorang daripada mereka. Aku lebih selesa menunggang daripada memandu. Aku rasakan diri aku “bersatu” dengan alam semula jadi apabila aku berada di atas motosikal. Pernah dengar Peribahasa Pipit Dengan Enggang? Ha, inilah yang cuba aku ceritakan dalam entry aku kali ini.

Baik. Semalam ada beberapa kejadian kemalangan yang melibatkan motosikal. Mengenai siapa yang salah, itu aku tak nak sentuh. Kang ada yang cakap aku lebih memihak kepada penunggang motosikal. Sebenarnya tidak, kerana aku juga adalah seorang pemandu. Dan ramai penunggang motosikal adalah pemandu. Tapi 1 je yang ramai orang tak tahu:

“ hampir semua penunggang motosikal adalah pemandu, tapi tak semua pemandu itu adalah penunggang”

Mengenai Kemalangan Motosikal Terkini atau lebih tepatnya, Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, walaupun motosikal yang ditunggang adalah dalam kategori yang besar, tapi tidak mampu menandingi besarnya kenderaan lain seperti kereta, lori atau kenderaan berat yang lain! Motosikal ni lansung takda perlindungan! Impak yang datang tu, terus sampai kepada penunggang, berbeza dengan pemandu yang dilindungi dengan kerangka besi.


Ada juga kes, penunggang motosikal yang terlibat kemalangan, jatuh ke laluan bertentangan, yang dalam masa yang sama ada kenderaan lain di laluan tersebut. Impak daripada itu, mengakibatkan kecederaan atau lebih teruknya, meragut nyawa. Risiko penunggang motosikal dikatakan lebih tinggi berbanding dengan kenderaan lain.

Itu yang aku ada cakap waktu di awal tadi, kita ni pipit, mereka tu enggang. Ibarat motosikal ni kecil jika nak dibandingkan dengan kenderaan 4 roda yang lain. Bukanlah nak kata semua penunggang motosikal itu baik. Tidak. Benar, ada segelintirnya tidak baik. Sama halnya juga dengan pemandu kenderaan 4 roda. Bukanlah semuanya jahat. Tidak. Cuma ada segelintirnya sahaja.

Apa yang aku cuba sampaikan, kami ni penunggang motosikal mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk terlibat dengan kemalangan di atas jalan raya. Jadi, adalah besar harapan aku, agar kita sama-sama berhati-hati dan menggunakan jalan raya dengan cara yang betul dan selamat. insyaAllah, semoga Allah melindungi kita semua dari segala perkara yang tidak kita inginkan. Amin.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.