Blogger bakal di saman kerana sebarkan berita palsu.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Blogger bakal di saman kerana sebarkan berita palsu| Isu Blogger Kena Saman ni rasanya bukan isu baru dekat malaysia. Mengenai kesahihan cerita itu, kalian boleh lah search cerita mengenai nya ya. Mengenai isu terbaru, penyanyi rock terkenal, iaitu awieee *kena buat lengok bahasa dengan kepala-kepala sekali ya* dikatakan akan menyaman blogger yang menyebarkan berita palsu mengenai kematian penyanyi legenda ini.


Awie Meninggal Dunia Dalam Kemalangan.


Mengikut bacaan aku di sebuah laman web, dikatakan sudah lapan kali *guna bahasa macam dalam filem p.ramlee tu, sambil buat isyarat tangan* sudah lapan kali, berita kematian penyanyi ini tersebar. Beliau dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Kalau tengok dekat FB abang awie, memang beliau sedang/sudah habis penggambaran bagi filem kedua bikers kental di Thailand.

Melalui gambar yang dikongsikan, abang awie & sahabatnya, sifu afdlin shauki ride bersama-sama ke Thailand. Itupun untuk pengambaran bikers kental 2. Mungkin disebabkan itu, ramai yang percaya bila berita kematian awie tersebar. Yelah, ramai yang berfikiran, abang awie “down” masa ride tu. Namun, namun ianya dibantah keras oleh abang awie.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Yelah, orang masih hidup kan, sihat je, dikatakan pulak dah meninggal. Confirm Lah sakit hati kan? Apa pulak perasaan anak-anak, keluarga atau saudara mara terdekat bila dengar cerita tu? Kena pulak yang dengar tu ada sakit apa-apa? Terperanjat dan jadi apa-apa yang tidak di ingini? Ish! Minta di jauhkanlah semua tu.

Abang awie juga dikatakan ingin berjumpa dengan blogger ini bagi menanyakan hal sebenar perihal isu berita palsu Awie Meninggal Dunia Dalam Kemalangan ini. Dan beliau juga ingin mengambil tindakan undang-undang pada individu yang menyebarkan berita palsu tu. Adoi, takut juga, yelah, di dalam mencari trafik ke blog, lain pula yang datang.



Sememangnya isu semacam ini memberikan trafik yang tinggi pada blog. Namun, jika tersalah, padah yang menanti. Peringatan juga buat aku, jangan main copy paste sahaja cerita tanpa tahu cerita sebenar. Trafik-trafik juga, kena sensitive juga dengan keadaan sekeliling. Jangan main tibai je. Ye.

7 ulasan:

  1. Mmg perlu saman..
    Blogger giler trafik mmg cmtu.. Blasah je hidup ckp dh mti =.=

    BalasPadam
  2. sampai macamtu sekali eh...saman jeee......:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin sebab dah banyak kali kut..itu yang awie tension tu..ishh

      Padam
  3. jangan la kejar traffic sampai buat berita palsu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin pemilik blog tu ada alasannya yang tersendiri..kan? hmm

      Padam
  4. ada pulak kata abang awie meninggal..berani betui..heheheh..follow my blog back sir http://fingertips-touch.blogspot.my

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.