Berbaloikah bayaran bulanan bagi pengasuh anak?

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Berbaloikah bayaran bulanan bagi pengasuh anak?| Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini, aku nak bercerita pula pasal Upah Jaga Anak Orang. Dalam ekonomi sekarang ni, memang memaksa kedua-dua pasangan mencari sumber kewangan. Jadinya, anak-anak perlu di hantar kepada pengasuh untuk dijaga. Persoalan sekarang, Berapa Upah Jaga Anak Sebulan? RM250? RM350? RM500? Atau RM1000?

Purata bayaran bagi jaga anak orang dekat area Melaka ni dalam RM250 hingga ke RM300 bagi seorang anak. Itupun bergantung pada umur dan makanan. Bagi sesetengah pengasuh, ada yang kena kan bayaran pada makanan anak tersebut. Tapi rasanya tak semua lah. Dan aku pernah berjumpa dengan pengasuh semacam ini. Mungkin mereka mempunyai alasan mereka yang tersendiri.

Lupakan tentang itu, persoalan sekarang, Berbaloikah bayaran bulanan bagi pengasuh anak? Kenapa aku cakap macam tu? Ceritaejoy macam ni. Wife aku tidak bekerja dan memberi sepenuh perhatian kepada penjagaan anak. Dalam beberapa masa, ada juga jiran-jiran terdekat yang bertanyakan kepada wife aku sama ada ada menerima untuk menjaga  anak kecil.

Tapi, semuanya wife aku tolak.  Bila aku tanyakan pada wife aku, kenapa tolak? Bukankah ianya boleh memberi income pada wife aku? Jawapan yang diberi pada aku, mudah je, berbaloi ke dapat sebulan RM350 berbanding kepenatan yang dia terima beserta risiko yang besar?

Kami mempunyai 2 orang anak kecil. Faham-faham jelah kalau ada anak kecil dekat rumah. Rumah tak macam rupa rumah dah. Itu normal. Bagaimana pula kalau ianya bertambah lagi? Ini bermakna, perhatian wife aku perlu bertambah 2 kali ganda. Itu belum cerita pasal risiko lain.

Yelah, yang kita jaga itu benda bernyawa. Nyawa manusia ni bukan murah. Kalau jadi apa-apa dekat anak tu, dah tentulah ibubapa ni akan salahkan 100% pada pengasuh tu. Silap-silap di bawanya pengasuh tu ke mahkamah. Mana tahu kan? Dah la dapat bayaran RM 350 sebulan, kalau kena denda, tak kan jumlah macam tu? Dah tentulah lebih kan?

Lepas tu, kalau demam ke, apa-apa sakit ke, mereka tetap hantar pada pengasuh. Dah tentulah pengasuh perlu beri lebih perhatian pada anak tu. Dan anak sendiri akan kurang mendapat perhatian. Aku kurang pasti, dalam situasi seperti ini, adakah bayaran kepada pengasuh tersebut masih sama atau bertambah. Yang aku pasti, perhatian pengasuh tersebut yang akan bertambah.

Ini semua ayat-ayat yang keluar dari wife aku. Aku Cuma kongsikan di blog ceritaejoy. Jadinya, aku ada tanya juga pada wife aku. Macam mana cara dia tolak mereka yang nak hantar anak mereka tu pada wife aku. Kata wife aku mudah je, kalau awak nak saya jaga anak awak, boleh. Tapi bayaran adalah bersamaan RM1000 bagi setiap orang. Wahahaha.

Nampak, mahal kan? Tapi wife aku cakap, itu bersamaan dengan risiko yang dia bakal terima. Aku terfikir juga, kalaulah dia jaga 2 orang, dah RM2000 sebulan. Wah! Tapi hakikat yang sebenarnya, dia nak tolak untuk jaga anak orang. Sebab tak nak ambil risiko. Dia kata nak fokus pada anak sendiri. Tapi kan, kalau lah orang tu betul boleh bayar dengan jumlah macam tu, macam mana? Nak terima? Ish!

Orait! Ini aku nak hebahkan tawaran istimewa daripada Airasia! Siapa yang nak menang <10,000 AirAsia BIG Points>? kalau nak, boleh klik kat link yang di beri tu. cepat! Tawaran terbuka sehingga 31 Julai 2016 Sahaja!

3 ulasan:

  1. Saya beri mak saya RM500.00 sebulan sebagai hadiah... Faham susah payah dia menjaga, mengasuh dan mendidik anak saya sewaktu saya bekerja... ☺️

    BalasPadam
  2. Tq kerana masuk blog saya dalam blog travel bloggers.

    BalasPadam
  3. untuk suami yang berpendapatan sederhana, x salah bini cari pendapatan tambahan kan..... kalau suami mampu, xpela...pendapat saya utk surirumahtgga

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.