Hati manusia lain-lain.

http://ceritaejoy.blogspot.my

Hati manusia lain-lain| Rambut Sama Hitam Hati Siapa Yang Tahu? Ayat yang paling sesuai untuk aku gunakan buat mereka yang senantiasa berprasangka buruk terhadap diri dan keluarga aku. Tak usah cerita pasal aku la, pasti kalian semua pernah berhadapan dengan situasi macam ni kan? Berhadapan dengan manusia yang penuh rasa tidak puas hati dengan kita.

Ceritaejoy macam ni, tak lama lagi akan ada kenaikan pangkat dan gaji. Kat mana-mana tempat kerja pun, inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Nak dijadikan cerita, aku di antara mereka yang beroleh kelebihan. Kelebihan apa, itu aku tak mahu cerita dekat sini. Dan seorang kawan aku ni, beroleh biasa-biasa sahaja.

Bila dia dapat keputusan seperti itu, dia mula membandingkan diri dia dengan aku. Dah pastilah perbandingan itu adalah dari segi kerja. Katanya, beliau lebih banyak bekerja berbanding diri aku yang dikatakan lebih banyak duduk di pejabat daripada buat kerja lain. Dibandingkan juga kepenatan dirinya yang perlu ke hulu dan ke hilir bagi menyelesaikan banyak masalah.

Pada aku mudah je. Kenapa seseorang tu boleh dapat lebih dan kurang adalah disebabkan “apa yang dia mampu lakukan”. Lagi pun, penilaian tersebut bukan di buat oleh diri kita sendiri, tapi oleh majikan. Bila sebut pasal majikan pulak, dah pasti ada ayat-ayat, kuat mengampu atau bodek akan keluar. Itu pasti.

Aku tak suka bodek! Rezeki bukan datang daripada majikan! Rezeki datang dari Allah. Kalau dah ditetapkan rezeki aku setakat itu, aku terima. Nak cerita aku bodek ke apa ke, sila sertakan dengan bukti. Sebabnya, dari apa yang dilihat, mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama majikan. Jadinya apakah itu bukan salah satu dari usaha untuk mengampu majikan?

Aku bersyukur mendapat majikan yang melihat dengan mata hati dan bukannya sekadar mendengar cakap orang. Majikan yang benar-benar melihat kemampuan seseorang atas kebolehan diri dan bukannya melihat kebolehan seseorang melalui percakapan sahaja. Majikan yang bersifat professional. Yang tidak mencampurkan urusan luar dengan urusan kerja.

Aku selalu simpan dalam hati. Kerja aku bukan kerana mereka-mereka seperti ini. Kerja aku adalah kerana untuk tanggungan aku. Mereka yang berada di samping aku. Mereka yang tidak lari apabila aku berada di dalam masalah. Mereka yang sentiasa bersama aku. Mereka adalah anugerah terbesar buat diri aku. Kenapa perlu aku terlalu memikirkan manusia-manusia semacam ini jika aku punya sesuatu yang berharga?

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.