Killer post cara terbaik naikkan traffic blog.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Killer post cara terbaik naikkan traffic blog| Semalam. Sewaktu aku blogwalking dalam usaha mencari tips Cara Menjadi Blogger Berjaya. Aku terjumpa 1 keypoint dekat 1 blog di antara Top Bloggers Malaysia. Beliau tak kongsikan pun tips ni, tapi melalui bacaan aku dekat kebanyakkan post beliau di blog, keyword ini yang melekat dalam kepala otak aku sehingga kini. Post pembunuh!

Aku sebenarnya pelik. Bagaimana Top Bloggers terutamanya dari malaysia, dapat Blog Traffic yang tak putus-putus. Kalau sikit macam blog ceritaejoy ok lagi, tapi hamboi, ribu-ribu, puluh ribu tak pun ratus ribu? Eh, yeker ada yang dapat ratus ribu traffic 1 hari? Hehehe. Yang jeles nya lagi tu, mereka tak update blog pun, traffic boleh maintain setiap hari. Eh!

Apa pentingnya Blog Traffic yang tinggi? Baiklah, aku tanya, aku jawab ye. Semakin kuat traffic blog anda. Semakin besar lah potensi untuk anda berjaya Buat Duit Dengan Blog.  Orang putih cakap, Blog Income Potential. Ini sudah pasti, impian bagi setiap blogger termasuklah aku. Yelah, siapa yang tak nak, duduk rumah, update blog, hujung bulan dapat duit. Sama macam kerja dekat office. Tak nak?


Blog ceritaejoy buat masa kini, baru berjaya capai Pageviews 500k. Jumlah yang masih kecil. Ada orang, dapat total pageviews 1,000,000 selamba je. Siap cakap, nak dapat jumlah pageviews macam tu, macam makan kacang! Ye ker? Kenapa aku rasa macam payah sangat? Rasa macam kena tanam kacang tu dulu, lepas tu masak, lepas masak baru boleh makan? Ha? Kenapa? Kenapa?

Sebenarnya, banyak Tips Tingkatkan Trafik Blog ni, tak percaya cuba cari dekat google. Tapi kenapa tak ada bloggers yang kongsikan pasal teknik Killer post cara terbaik naikkan traffic blog ni? Sebab pada aku, cara inilah yang paling terbaik untuk terus dapatkan traffic walaupun kita tak update blog selama seminggu! Ha! Ataupun kita tengah makan, bermain dengan anak, bersiar-siar di taman bunga atau apapun aktiviti kita. kenapa? Kenapa?

Seharian juga aku fikir. Ini rupanya rahsia mereka untuk terus mendapatkan traffic. Tapi Kan, tapi, aku nak beritahu awal-awal ni, Top Bloggers Malaysia tu, Cuma cakap pasal killer post je. Tapi mereka tak bagitahu macam mana bentuk post tu. Atau macam mana nak buat post pembunuh tu. Adoi, masih lagi berahsia di situ! Hmm.


Namun, kalau kita betul-betul mendalami apa yang tersirat dalam post blogger tersebut. Korang mesti dapat apa yang berselindung di sebalik ayat killer post tu. Hehehe. Dari apa yang aku faham, mereka, yakni Top Bloggers tu, sentiasa alert dengan cerita semasa. Maksudnya apa yang sedang trending. Cara nak tahu apa yang tengah trending? Ala, search je kat google. Hahahaha.

Cuma, kelebihan mereka adalah, Blog Keyword Strategy yang digunakan. Mereka ada beberapa keyword “berkuasa”. Yang mana, mereka akan masukkan dalam post mereka. korang search nak cari benda lain, tapi di bawa masuk ke dalam blog mereka. wah!! Hebatkan? Dan post mereka itu tak lapuk dek zaman.

Macam mana nak buat post semacam itu? Cuba kaitkan cerita yang korang tulis tu dengan isu atau cerita yang orang cari setiap masa. Contohnya? Ok macam ni, katakan korang menulis mengenai Drama Terbaru Slot Akasia Tv3, cuba kaitkan cerita korang tu dengan keyword mengenai kemalangan jalan raya ke, ataupun keadaan cuaca ke, atau musim raya ke, apa sahaja yang difikirkan terbaik.

Dan percaya atau tidak kalau aku katakan, blog aku dapat traffic yang tinggi setiap kali musim jerebu walaupun aku tak update apa-apa cerita pun waktu tu. Hanya post lama yang aku kongsikan di blog ceritaejoy.

So! Sekarang korang dah faham kan pasal Killer post cara terbaik naikkan traffic blog ni? Sebenarnya senang je, tapi ada 1 penyakit yang kadang-kadang singgah ke aku. Penyakit yang kadang-kadang singgah juga ke kamu semua. Penyakit tu penyakit MALAS. Malas nak cari keyword, malas nak kaitkan cerita, semua lah! Sebabnya, bila korang nak kaitkan semua tu, korang perlu menaip panjang macam aku ni. Hahaha.

Tapi. haip! Sebelum aku tutup ceritaejoy ni,  Korang ingat lagi tak Kenangan bercuti bersama keluarga sewaktu masih kanak-kanak? Aku ni sebenarnya, tak berapa nak ingat sebabnya jarang dapat bercuti bersama keluarga waktu aku kecil dulu. hehe. Korang mesti ingat kenangan-kenangan macam dalam entry tu kan?

9 ulasan:

  1. ok tq atas infonya.. trending mmg kompem orang search punya. banyak lagi peranan seo utk blog ni.

    BalasPadam
  2. I love Keyword Strategy :D (y) Nice Post By the way!

    BalasPadam
  3. Mknanya kaitkan setiap entry dgn keyword trending la kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..ada juga keyword yang tak lapuk dek zaman..contohnya..hari raya..memang setiap tahun ada..hehehe

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.