Mencari blog untuk di masukkan ke dalam bloglist.

http://www.ceritaejoy.com/

Mencari blog untuk di masukkan ke dalam bloglist|Selepas aku berjaya mendapatkan domain untuk blog ceritaejoy, aku tak perasan pasal bloglist sedia ada kat blog aku ni kosong je. Bila aku bukak paparan hadapan blog, aku perasan yang semua bloglist aku kosong. Aku ingatkan ianya hanya bersifat sementara, rupa-rupanya memang kosong. Mungkin effect pada domain baru aku tu.

Walaubagaimanapun, aku berbesar hati untuk menjemput rakan-rakan blogger sekalian untuk mengisi kekosongan dalam 2 bloglist aku tu. Terdapat 2 kategori bloglist. 1 bloglist aku khaskan untuk open niche. Sesiapa pun boleh masuk dalam tu. Dan keduanya, aku khaskan untuk travel blogger. Kenapa? Kerana aku suka dengan travel blog.

Aku secara jujurnya, lebih gemar kepada blog yang banyak kongsikan gambar. Semua pun faham, tak ramai yang suka membaca termasuklah aku *tetapi rata-rata penulisan aku semuanya melebihi 300 patah perkataan* hahaha. Jadi, blog yang banyak gambar ni, mereka dah pendekkan masa orang untuk cari ilmu. Yelah, dengan hanya gambar, mereka mampu bercerita. Hebat kan?

Aku sebenarnya, cuba juga nak ingat beberapa blog yang aku masukkan dalam bloglist aku ni. Aku Cuma dapat ingat beberapa blog sahaja. Selebihnya tak dapat ingat. Al-maklumlah usia dah makin meningkat ni. jadi, apa salahnya kalau kita buka pada orang lain. Tak salahkan. Tak banyak, sikit lah traffic yang mereka akan dapat. Kita bantu orang, inshaAllah, Allah akan bantu kita. kan?

So! Aku nak jemput, mana-mana rakan blogger yang ingin masuk dalam bloglist ceritaejoy.com. Syarat yang ingin aku berikan cukuplah mudah. Jika kalian masih belum menjadi sahabat ceritaejoy.com, Sila Lah jadi rakan terlebih dahulu ya. Kemudian, silalah berikan url blog kalian.

Juga, sila nyatakan kategori blog kalian. Cuma ada 2 kategori bloglist sahaja. Samada open dan juga travel blog. Tempoh masa untuk blog kalian berada di dalam bloglist ceritaejoy.com adalah, selama mana yang aku inginkan. Kalau rasa nak ubah, aku ubah lah, kalau tak rasa nak ubah, insha Allah, sampai bila-bila lah kalian berada dalam bloglist tu.

Baiklah! Jika kalian berminat, sila lah tinggalkan url kalian pada bahagian komen ya! Tapi jap! pernah tengok The Conjuring? Tahu tak <5 Babak Dalam The Conjuring 2 Yang Boleh Buat Korang Demam Panas Sebulan. Berani Tengok?>

19 ulasan:

  1. saya pon suka baca blog yg banyak gambar..hehe. btw nak gak masuk bloglist..hehe..

    www.arepnakbebel.com

    BalasPadam
  2. ok nak support jugak ... mhmazli.blogspot.my

    BalasPadam
  3. tahniah ejoy, semoga lebih sukses dengan domain ,in shaa allah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak ana..eh, jap, nak masukkan dalam bloglist..:)

      Padam
  4. nak jugak hihi.. www.yanieyusuf.com

    BalasPadam
  5. mau jugak ^_^ open blog .. http://natrahmaslion.blogspot.my/

    BalasPadam
    Balasan
    1. hye..baru sahaja melawat ke blog kamu..tapi tak boleh masuk la..keluar paparan seperti ini..

      This blog is open to invited readers only

      Padam
  6. Tak sangka bila tukar domain boleh efek macam tu ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..biasa orang cakap, friend yang hilang, tapi ni efek pada bloglist pula..

      Padam
  7. tak penah pulak tukar domain hilang bloglist.. curious jugak ekk..

    btw nak jugak masuk dlm bloglist u .. 😆😆😆

    Tips berpuasa untuk keluarga

    BalasPadam
  8. Nak nak....masukkan blog akk jugak hehehhee...

    BalasPadam
  9. Sesedap rasa jer suh masukkan blog kita..hehehe lupa nak tinggalkan link blog akk..
    www.akifimtiyaz.com niche personal,lifestyle & parenting ... Tq ejoy..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahha..ok2..blog akak dah sedia ada dah dalam bloglist ceritaejoy. hehehe

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.