Senarai buffet ramadhan 2016 Di Melaka

Mei 23, 2016
Senarai buffet ramadhan 2016 Di Melaka| InsyaAllah, kita akan berjumpa dengan bulan penuh berkah tak lama sahaja lagi. Ianya juga dikenali sebagai bulan rezeki bagi peniaga-peniaga bazar Ramadan. Namun, ada daripada kita yang memilih lokasi berbuka puasa di hotel-hotel. Dalam edisi kali ini, aku ingin kongsikan beberapa tawaran istimewa daripada hotel-hotel di Melaka yang menawarkan tawaran buffet Ramadan 2016!

Senarai buffet ramadhan 2016 Di Melaka.


Seperti kebiasaan tahun-tahun dulu, tahun ini juga *insyaAllah* aku juga berkesempatan untuk membawa keluarga Berbuka Puasa Di Holiday Inn Melaka. Lokasi yang pada aku menarik kerana berada di kawasan Bandar Melaka. Namun, aku lebih gemar memilih untuk Berbuka Puasa Di Hatten hotel Melaka. Kerana apa? Kerana ianya hotel baru dan lokasinya yang “tinggi” membolehkan kita melihat Bandar Melaka yang cantik pada waktu malam.

Jom kita tengok tawaran buffet ramadhan 2016 Di Hatten hotel Melaka.



Namun lokasi yang paling aku suka adalah Berbuka Puasa Di Philea Resort. Bagi mereka yang tidak tahu, Philea resort adalah sebuah lokasi percutian gaya semulajadi antara yang terbaik di melaka. Lokasi resort ini juga berdekatan dengan susur keluar tol ayer keroh. 

Jom kita tengok tawaran buffet ramadhan 2016 Di Philea Resort Melaka.


Dan di antara lokasi biasa bagi kami sekeluarga adalah berbuka puasa di A Famosa Resort Melaka. Ini adalah kerana lokasinya yang dekat sahaja dengan rumah kami. Tak perlu terkejar-kejar dan menempuh kesesakan jalan.

Dan ini adalah tawaran istimewa buffet ramadhan 2016 Di A famosa resort melaka.


Bagi anda yang  memilih untuk berbuka puasa di Bayview Hotel Melaka. Aku juga sediakan tawaran yang disediakan oleh pihak hotel. Namun, aku sendiri belum berpeluang untuk berbuka puasa di sana. Mana tahu tahun ni dapat jemputan dari pihak Bayview hotel ke? Mana tahu. Hehehe.

Orait! ini adalah tawaran istimewa buffet ramadhan 2016 Di Bayview Hotel Melaka.


Bagi mereka yang tidak tahu, Di negeri melaka kini, ada 1 tarikan baharu taman tema air iaitu di Bayou Lagoon Park Resort. Pihak resort juga menawarkan Buffet ramadhan 2016 kepada pengunjung mereka.

Dan berikut adalah tawaran yang di sediakan.


Aku cuma menyenaraikan beberapa lokasi berbuka puasa dan tawaran buffet ramadhan 2016 Di Melaka. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa lokasi menarik yang sesuai untuk anda dan keluarga berbuka puasa.

Semoga ramadhan 2016 kali ini membawa seribu makna kepada kita semua dan seluruh umat islam dunia. InsyaAllah.

Baiklah. Disini ada 1 tawaran istimewa. Kita semua *termasuk lah aku* ada peluang untuk menang sebuah honda City di dalam bulan ramadhan. Mana tahu Allah nak beri rezeki dalam bulan yang mulia ni kan? Jom, jom kita join <[WIN NOW] How To Score A Brand New Car, Samsung Wireless Charger Stand & More This Raya>

2 ulasan:

  1. berbuka puasa kat hotel, jadi laparrr mata..semua nak amik..tambah plak bayar mahal..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam saya, sebenarnya tak sesuai buka puasa dekat hotel. sebab sy cepat kenyang. tapi disebabkan ianya atas jemputan, kenalah datang..hehehe

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.