Orang Malaysia ramai yang kaya-raya sebenarnya.

www.ceritaejoy.com

Orang Malaysia ramai yang kaya-raya sebenarnya| Setiap tahun, kita pasti akan dihidangkan dengan Senarai Orang Terkaya Malaysia. Dan lebih jelasnya lagi, kita sudah sedia maklum dengan mereka yang tersenarai. Tetapi, kita mesti tercari-cari “senarai baru” dalam list tu kan? Samalah halnya dengan Senarai Orang Terkaya Di Dunia.

Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan dalam blog ceritaejoy ni. Apa yang aku nak ceritakan ni adalah, daripada pemerhatian mata kasar aku di laman sosial. Benar, malaysia sememangnya negara maju. Namun dalam banyak perkongsian di laman sosial, kita masih dihidangkan dengan beberapa kesusahan rakyat malaysia. Mengenai hal itu, ayuhlah kita sama-sama membantu ya!

Baiklah. Orang Malaysia ramai yang kaya-raya! Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya, bila aku tengok dalam group-group di fb. Ada yang dengan mudahnya, mengeluarkan belanja yang besar hanya untuk koleksi peribadi mereka. Jika mereka yang berada di dalam kelompok orang sederhana, mana mungkin mereka boleh keluarkan puluhan ribu ringgit hanya untuk memiliki barangan hiasan? Betul tak?

Aku lupa dekat group mana aku tengok. Ada seorang rakan, beli jam dengan harga RM80K! Pada pemerhatian aku, wow! Banyaknya duit! Itu belum cerita ada orang yang beli helmet dengan harga, amboi! Mahal sungguh! Dari situ dah boleh nampak “ramai” dari kalangan rakyat malaysia yang punya banyak wang lebihan.

Yelah, kalau tak melebih, dah pasti mereka gunakan wang itu untuk keperluan dan bukannya keinginan. Betul tak? Eh! Betul kan aku cakap tu? Keperluan dan keinginan? Tadi, baru sekejap tadi baca dekat blog sifu Seo Malaysia, Hasrul Hassan. Mengenai kisah seorang wanita yang beli tudung bawal berharga RM10,000! Agak-agak kalau orang biasa, mereka beli tak? Dah tentu tidak kan?

Ada pula, dalam 1 group haiwan eksotik. Penjual menjual haiwan eksotik bermula dengan harga RM4,000 membawalah kepada harga belasan mahupun puluhan ribu ringgit. Hairan Nya aku lagi adalah, kesemua haiwan yang mereka jualkan itu, laris seperti goreng pisang panas! Mana mungkin mereka dari kalangan orang sederhana mampu mengeluarkan wang sebanyak itu hanya untuk memenuhi keinginan mereka!

Dan antara sebab lain, yang buatkan aku cakap Orang Malaysia ramai yang kaya-raya, adalah bila aku kerap masuk ke dalam group buat duit internet. Rata-rata dari mereka kerap pamerkan akaun dengan nilai besar! Ada darinya mencecah hingga puluhan ribu ringgit! Hanya dengan internet? Itu belum cerita mereka yang buat duit dengan blog lagi.

Dari situ, aku mula percaya dengan cakap seorang kawan aku. Katanya, malaysia ni ramai jutawan senyap.  Dan mungkin mereka semua tu ada kat sekeliling kita je. Bila aku nampak benda-benda macam ni, rasanya aku dah mula faham apa yang cuba disampaikan. Mana mungkin, harga barang yang ribu-ribu tu, orang berebut nak beli. Kalau dulu dengar harga ribu, sumpah seranah orang, tapi sekarang, dah macam biasa pulak.

Hairan dan pelik! Macam mana mereka buat wang ya?

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.