Tak minat bola!

Julai 12, 2016
www.ceritaejoy.com

Tak minat bola!| Aku sendiri pun tak pasti kenapa aku tak minat bola sepak. Kebiasaannya lelaki pasti minat bola kan? Tapi tidak pada aku. jadinya, mana-mana lelaki yang tak minat bola, kita geng! Hehehe. Yang sebenarnya, aku tahu, sekarang ni tengah ada game bolasepak bertaraf dunia, tapi apa yang aku tak tahu adalah, Euro 2016 Final! Eh? Dah final ke? Hahaha.

Mulanya macam malas nak ambil port pun pasal bola ni. Tapi tadi, ada singgah blog otai malaysia, Blog denaihati, terbaca pula pasal Euro 2016 Final ni. Itu yang aku buat-buat terperanjat tu, eh, dah final? Hahaha. Tapi sejujurnya, aku sendiri tak tahu siapa yang menang. Yang aku tahu, Portugal masuk akhir, itupun sebab terbaca dekat surat kabar. Hehe.

Pemenang Euro 2016.


Persoalan sekarang, team mana menang Euro 2016 Final ni? hahaha. Dah baca blog otai pun, aku tak tahu lagi siapa menang. Sudahnya aku tanya je member-member aku. owh! Baru tahu, Portugal menang euro 2016. 1-0 kan? Ala, aku tau la. Bukan tak tau. Hahaha. boleh cenggitu?

www.ceritaejoy.com


Lupa nak kasi tau, Euro 2016 Final diantara Portugal VS perancis. Jangan tanya mana aku dapat tahu yer. Search aja di google, berlambak yang keluar. Hahaha. Jangan keluar selambak sudah. Haish! Cukup disitu. Ok! Nak bercerita pasal pemain bolasepak pula. Jangan ingat aku tak kenal ya!

Portugal! Ada Ronaldo kan? Wahahaha. Aku kenal pun sebab dia ni famous. Semua pun dok bercerita pasal dia. Ada jugak kawan-kawan aku yang buat wallpaper computer diarang. Jadinya aku kenal la. Hmm, buat wallpaper yer? Hmm.

Pemain lain? Sumpah aku tak kenal. Aku baca dekat blog denaihati tadi. Eh, siapa mereka ni? Renato Sanches? Nani? Antoine Griezmann? Dimitri Payet? dan Oliver Giroud? Siapa mereka ni? hahaha. jangan kata pemain bola sepak luar negara, dalam negara pun bukan aku kenal sangat. Kalau yang masuk tv bukan cerita pasal bola, masuk sebab iklan ke, atau pasal gossip ke, mungkin aku kenal la kot. Hahaha.

Aku ni, bukan lah nak kata suka baca gossip je. Tapi biasalah orang kita, kalau cerita yang macam gini, memang banyak je ceritanya. Silap-silap sebulan pun tak habis. Lepas tu, dah orang sibuk-sibuk bercerita, takkan aku tak tahu kan? Eh! Nampak sangat aku ni macam tak bercampur orang kan? Ish!
Ha ni, cerita pasal Euro 2016 Final! Sekurang-kurang aku tahu la juga kan? Walaupun dah lambat. 

Hahaha. Aku ada 4 orang adik beradik lelaki, dan sorang je yang minat bola. Yang lain? Eh? Tengok cerita lain lagi best! Hahaha. Tapi tak lah aku nafikan, mereka yang suka bola sepak ni, sanggup bersengkang mata, tengah pagi sebab nak tengok bola tau! Kalau aku? memang takde lah!

Tu! Nama pemain Euro 2016 Final *yang aku ada sebutkan kat atas tu* yeker semua main euro? Wahahaha. Memang takda gesa la aku nak mencari rupa pemain-pemain yang disebutkan kat atas tu. Cukuplah aku tau yang euro 2016 dah habis dan pemenangnya Portugal. Dan Ronaldo tu pemain Portugal. Hahaha.

Kalau nak tahu dengan lebih detail lagi mengenai uero 2016 ni, korang kena lah baca dekat blog bolasepak ye. Hahaha. Aku memang tak tahu apa-apa pasal bola ni. Sepak bola aku tau lah. Tapi tak juga aku minat main bola. Biasanya, masing-masing ada minat sendiri kan? Ok lah, aku nak ucapkan tahniah pada Portugal sebab menang Euro 2016 Final. Dan pada Ronaldo, bila free, call aku k. Aku belanja makan port biasa. Apa macam? Hehehe.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.