Athlete angkat berat Armenia pula mengalami kecederaan yang teruk!

Ogos 11, 2016
Olympic Games Rio 2016

Athlete angkat berat Armenia pula mengalami kecederaan yang teruk! | Selepas berita kecederaan teruk yang dialami athlete gymnast dari French iaitu Samir Ait Said di dalam sukan Olympic Games Rio 2016 baru-baru ini, kini atlet angkat berat pula mengalami nasib yang sama. Andranik Karapetyan mengalami kecederaan yang teruk selepas bebanan yang diangkat terjatuh ke bahagian belakang sekaligus memberi kesan yang teruk kepada siku beliau! Menakutkan!

Athlete angkat berat Armenia tersebut tersingkir dari Olympic Games Rio 2016 selepas mengalami kecederaan siku yang teruk di dalam percubaan kedua di dalam mengangkat bebanan seberat 195kg (429lbs). Andranik Karapetyan yang kini berusia 20 tahun dilihat melangkah penuh semangat sesuai dengan gelaran juara eropah mengangkat bebanan besar itu ke bahu beliau.

Kemudian, ketika “clean and jerk”, berlaku sedikit kesilapan pada tangan kiri beliau dan memaksa beliau untuk mengelak daripada bebanan tersebut. Akibat daripada itu, siku beliau mengalami kecederaan yang sangat teruk dan menakutkan! Pegawai perubatan di lihat bergegas mendapatkan Olympian muda yang malang ini kerana suara kesakitannya memenuhi segenap ruang pentas!

Sebelum ini, beliau di lihat penuh bersemangat kerana merasakan mampu menghasilkan pingat pertama Olympic buat negara Armenia melalui sukan angkat berat tersebut. Namun impiannya hancur berkecai selepas beliau mengalami mimpi ngeri! Kecederaan siku yang sangat teruk!

Atlet Kazakhstan, Nijat Rahimov muncul pemenang pingat emas bagi kategori tersebut, sementara pingat perak di perolehi atlet dari china Lu Xiaojun dan gangsa, atlet dari negara mesir iaitu Mohamed Ihab Youssef. Semoga Andranik Karapetyan beroleh semangat yang kuat dan kekuatan di dalam menghadapi mimpi ngeri yang di alami beliau. Di doakan juga, atlet malaysia dijauhkan dari segala kejadian seperti ini. amin!

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.