Azizulhasni awang hadiahkan pingat gangsa Olympic Games Rio 2016 buat Malaysia.

Ogos 17, 2016
www.ceritaejoy.com

Azizulhasni awang hadiahkan pingat gangsa Olympic Games Rio 2016 buat Malaysia | Tahniah buat pelumba basikal negara, Azizulhasni awang kerana berjaya menghasilkan pingat gangsa buat negara! Pelumba dengan gelaran the pocket rocket man ini meletakkan malaysia di tangga ke 59 secara keseluruhan ketika ini dengan 1 pingat perak & 1 pingat gangsa Olympic 2016!

Walaupun pada awalnya, Azizulhasni awang dilihat mampu menghadiahkan pingat emas buat negara, namun terdapat saingan mental dan fizikal yang berlaku kepada pelumba ini. Namun, sekalung tahniah juga di ucapkan kepada pelumba ini kerana usaha beliau yang tinggi dan berjaya menghasilkan pingat buat negara!

Pada mulanya, Azizulhasni awang merasakan beliau telah memperolehi pingat perak namun setelah keputusan di umumkan, beliau berjaya mendapat pingat gangsa. Walau begitu, dia tidak kecewa kerana telah melakukan yang terbaik dan ingin mendedikasikan pingat gangsa tersebut buat seluruh rakyat malaysia!

Siapa percaya, dengan susuk tubuh yang kecil, pelumba dengan gelaran the pocket rocket man ini mampu menghasilkan pingat buat negara. Kalau kita tengok, memang rasa tak percaya kan? Tapi inilah sukan! Apa-apa pun boleh terjadi! Dengan semangat yang kuat, kejayaan pasti ada!

Selepas kejayaan pingat gangsa Olympic Games Rio 2016, Malaysia kini mengalih tumpuan kepada sukan badminton rio 2016! Kami rakyat malaysia sememangnya mengharapkan kilauan pingat emas dari sukan terbesar dunia ini. Namun 2 pingat perak sukan Olympic 2016 sudah kelihatan dari sukan badminton!

Kami mendoakan kejayaan buat pasangan bergu badminton rio 2016, Goh Liu Ying-Chan Peng Soon & Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya memberi kilauan emas buat negara! Ayuh bangkit rakyat malaysia! Kita beri sokongan penuh kepada atlet kita! semoga maju jaya kepada semua! Go Go Malaysia!

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.