Cara mudah Redeem Point Cimb Clicks.

Ogos 10, 2016
www.ceritaejoy.com

Cara mudah Redeem Point Cimb Clicks | Semalam terbaca mengenai hal ini di facebook. Rasanya tak semua orang tahu *bagi pengguna cimb click* yang mereka boleh redeem point. Bukan sedikit hadiahnya ya! Banyak rupanya. Aku pun baru tahu semalam. Ingatkan takda point, rupanya dah ada point yang terkumpul. Hehehe. Orait! Jom tengok cara-cara nak tahu dan Redeem Point Cimb Clicks.

Perkara pertama yang perlu korang buat adalah, login masuk ke dalam cimb click.

www.ceritaejoy.com

Kemudian pergi pada bahagian More stuff. Klik pada bahagian Bonus Point.

www.ceritaejoy.com

Kemudian akan keluar paparan di bawah ini. Korang boleh nampak baki point yang korang ada dan tarikh luputnya.

www.ceritaejoy.com

Kemudian, kalau korang nak tengok hadiah-hadiah yang korang boleh dapat melalui penebusan point yang ada, korang klik pada bahagian point redemption dekat bahagian atas tu. Kemudian pilih dalam bahagian category tu.

www.ceritaejoy.com

Sebagai contoh, aku pilih Air miles. Ha, nampak tak? Jumlah point yang diperlukan untuk 1000 enrich miles adalah 6000 point. Point aku tadi baru 470. Banyak lagi nak kumpul tu! hahaha.

www.ceritaejoy.com

Orait! sekarang, cuba korang buat pulak. Cuba check berapa baki point korang. Mana tahu boleh dapat giordano backpack ke. hehehe. Selamat mencuba Cara mudah Redeem Point Cimb Clicks ini!

11 ulasan:

  1. Laa tak tahu pon..ada redeem point rupanya....tq ..banyak sangat dapat info kat sini hiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..sama la..baru tahu juga..kalaulah waktu bukak tu, point terkumpul dah boleh redeem, dah lama dah tebus hadiah yang ada..hehe

      Padam
    2. haffizul iskandar
      nk tnya.. klau point tu dh nk xpired... tp nk redeem xckup...so...kit=ra burn je la ek bila tba expire date tu?

      Padam
    3. kalau point tu dh nk expired, pastu kita nk redeem tp xckup point tu..so point yg dh expired date tu nnti burn cmtu je la ek...

      Padam
    4. yup. rasanya macam tu. sebab dah expired kan? maknanya dah tak boleh guna lagi..

      Padam
  2. cemana kita nak dapat point tu melalui cimb click ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. melalui transaksi menggunakan cimb click..segala urusan yang menggunakan cimb click..ha..

      Padam
  3. Sy xde point pon.. Padahal slalu guna cimb clicks.. Knp ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. samala.. nak tau jugak napa xda

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.