Isu viral beg tangan isteri perdana menteri singapura.

Ogos 05, 2016
www.ceritaejoy.com

Isu viral beg tangan isteri perdana menteri singapura | Eh! Bila dah nama isteri perdana menteri, mestilah segala macam perkara pada mereka akan diperhatikan, betul tak? Hal yang sama berlaku kepada isteri perdana menteri singapura apabila lensa kamera tertumpu kepada beg tangan yang dibawanya yang dikatakan Cuma bernilai RM45.00! Selepas viralnya kisah Ho Ching bawa beg tersebut, dikatakan beg tersebut laris dijual! Wow! Jom baca cerita lanjut mengenai kisah ini.

SINGAPURA - Beg bewarna biru dengan motif dinasour putih bernilai $14.80 (RM45) yang dibawa isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching semasa menghadiri lawatan rasmi ke Amerika Syarikat menarik perhatian.

Isteri kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsei Loong itu dilihat memakai beg berkenaan semasa menghadiri majlis ketibaan di White House yang disambut Presiden Barack Obama dan Michelle Obama.

Apa yang menarik beg berkenaan adalah hasil rekaan oleh pelajar autisme dari Pathlight School, Seetoh Sheng Jie yang juga dijual secara dalam talian di laman web The Art Faculty dengan harga S$14.80 (RM 45).

Menurut Timbalan Pengetua dan Ketua Program Pembangunan Artist di Pathlight School, Loy Sheau Mei berkata, mereka terkejut dan berbesar hati selepas isteri kepada PM itu memilih untuk membawa beg berkenaan semasa lawatan rasminya di Amerika Syarikat.

"Ia memberikan penghargaan besar kepada pengkarya di Artist Development Programme (ADP) dan The Art Faculty." katanya dipetik The Strait Time Singapore

The Art Faculty adalah sebahagian daripada Program Pembangunan Artist Pathlight yang telah dilancarkan pada tahun 2011 untuk menggalakkan pelajar autisme yang mempunyai kebolehan seni.

Ho Ching adalah penasihat kepada Pusat Sumber Autisme yang ditubuhkan Pathlight dan penaung Persatuan Autisme Singapura.

Ho Ching membeli beg berkenaan semasa program A Walk Very Special yang diadakan Sabtu lalu bagi mengumpul dana bagi perkhidmatan sokongan autisme.

6 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.