Kisah kejayaan atlet paralimpik malaysia yang dipinggirkan.

Ogos 29, 2016
www.ceritaejoy.com

Kisah kejayaan atlet paralimpik malaysia yang dipinggirkan | Kisah kejayaan atlet paralimpik malaysia yang memperolehi emas pada sukan terbesar itu dipinggirkan sedang hangat diperkatakan di media sosial. Ramai yang mempersoalkan mengenai kenapa kerajaan tidak “meraikan” kejayaan mereka sama seperti atlet biasa. Sehinggakan gambar atlet paralimpik malaysia, Felicia Mikat yang beroleh 3 pingat emas hanya disambut oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja menjadi viral di laman sosial.

Sama halnya juga dengan jaguh pecut 100m, Mohammad Ridzuan Mohamad Puzi yang dikatakan mengalami nasib yang sama. Ramai “netizen” yang mahukan atlet paralimpik juga mendapat imbuhan yang sama seperti atlet olimpik malaysia. Imbuhan bonus dan bayaran pencen. Juga “sambutan” ketika pulang ke tanahair kerana kejayaan mereka mengharumkan nama malaysia di pentas dunia.

Namun, hal ini hanyalah “cerita” lama! Ini adalah kerana, melalui perkongsian menteri belia & sukan di laman FB beliau, kejayaan atlet paralimpik malaysia ini adalah kejayaan pada tahun lalu. Yang sebenarnya, aku pun pelik juga, kerana Mohammad Ridzuan Mohamad Puzi memperolehi pingat emas dalam paralimpik Doha 2015! Sama halnya juga dengan atlet paralimpik malaysia, Felicia Mikat, beliau memperolehi pingat emas Sukan Para Asean (APG) 2015 di Singapura.

Olympic Games Rio 2016 baru sahaja melabuhkan tirainya. Dan seperti biasa, sukan paralimpik juga akan berlangsung dalam negara yang sama. Ini bermakna, paralimpik 2016 akan berlangsung di brazil! Atlet paralimpik malaysia pun masih belum berangkat lagi. Jadi mana mungkin pingat emas sudah diperolehi, kan?

Namun, isu yang berbangkit ini sedikit sebanyak menunjukkan rakyat malaysia mula memberikan perhatian kepada sukan paralimpik yang sebelum ini dikatakan dipinggirkan. Mengenai imbuhan bonus dan pencen juga, melalui perkongsian menteri belia & sukan, juga akan sama dengan athlete Olympic Games Rio 2016.

Ayuh! Kita berikan sokongan kepada atlet paralimpik malaysia 2016! Lupakan kisah yang lama, semoga atlet malaysia akan beroleh kejayaan dalam edisi sukan terbesar tahun ini. Dan berilah sambutan yang besar kepada mereka! Sama seperti athlete Olympic rio 2016. Kerana mereka juga membawa nama malaysia bersama mereka! Ayuh rakyat malaysia!

1 ulasan:

  1. Majulah sukan untuk negara..
    Semoga atlet paralimpik malaysia 2016 memperolehi emas..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.