Korea selatan perkenalkan uniform anti Zika pada atletnya (Zika-proof uniform)

Ogos 11, 2016
www.ceritaejoy.com

Korea selatan perkenalkan uniform anti Zika pada atletnya (Zika-proof uniform) | Bagi melindungi atlet Olympic Games Rio 2016 mereka daripada nyamuk yang berkemungkinan membawa virus zika, korea selatan telah mencipta 1 seragam khas dan tracksuits yang berupaya menghalang nyamuk dari mendekati atlet mereka.

Kedua-dua pakaian seragam tersebut *Zika-proof uniformtelah direka untuk menutup badan dari leher ke kaki. Pakaian seragam yang menampilkan seluar putih panjang dengan blazer tentera laut, manakala tracksuits pula di datangkan dengan jaket putih bercetak grafik merah dan biru. Bagi melindungi atlet korea selatan yang terlibat di dalam Olympic Games Rio 2016 ini, setiap satu daripada pakaian ini diperbuat daripada “mothproof materials”, yang mampu mengurangkan pendedahan kepada nyamuk.

Walau bagaimanapun, pakaian seragam Anti Zika ini hanya dipakai semasa upacara perasmian dan ketika berada di sekitar perkampungan Olimpik sahaja. Atlet mereka tidak dibenarkan memakai pakaian ini ketika berlangsungnya mana-mana perlawanan sukan.

www.ceritaejoy.com

Sejak wabak zika melanda brazil pada tahun 2015, brazil bermati-matian menghentikan penyebaran wabak ini. Virus zika dikatakan boleh memberi kesan kecacatan kelahiran yang teruk, termasuk microcephaly - suatu keadaan yang menyebabkan kepala bayi menjadi lebih kecil daripada biasa!

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (The World Health Organisation) telah mengisytiharkan wabak Zika melanda brazil hanya enam bulan sebelum Olympic Games Rio 2016 bermula! Walau bagaimanapun, zika bukanlah satu-satunya ancaman kepada sukan Olympic ini! “Persekitaran” kualiti dan keselamatan setempat juga merisaukan banyak negara kepada keselamatan atlet mereka.

Apapun, kita mengharapkan atlet malaysia selamat *walaupun tidak memakai uniform anti Zika (Zika-proof uniform)* dan berjaya menghasilkan pingat di dalam Olympic Games Rio 2016 ini. Kami pasti Malaysia akan melakukan yang terbaik buat atlet-atletnya. Semoga semua atlet juga akan dilindungi daripada virus zika *jika masih ada*. InsyaAllah! Semoga maju jaya kepada semua! 

2 ulasan:

  1. tk terfikir pasal ni, harapnya atlit kita selamat

    BalasPadam
  2. kena berhati-hati la jawabnya.

    jangan kena gigit nyamuk.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.