Senyuman manusia terpantas dunia jadi viral!

Ogos 20, 2016
www.ceritaejoy.com

Senyuman manusia terpantas dunia jadi viral! | Pastinya semua orang dah tengok video pelari terpantas dunia, Usain Bolt yang sempat “bergurau” dengan pelari kedua terpantas dunia (200m) dari Canada, Andre De Grasse! Mungkin ada sesuatu yang menarik perhatian usain bolt sehinggakan beliau “memperlahankan” sedikit larian nya dan menoleh kepada pelari dari Canada ini. Memang lucu aksi mereka berdua!

Dalam acara final 200m athletics Rio 2016, usain bolt dilihat menunjukkan isyarat jari kepada pelari Canada tersebut sebagai tanda, aku lah manusia terpantas dunia! Haha. Kalau tengok semula pada video tersebut, pelari terpantas dunia tersebut seperti tiada masalah besar untuk memenangi acara tersebut. Namun, kelihatan usaha yang sangat hebat daripada Andre De Grasse!

Aku suka tengok gaya larian beliau yang seperti menggambarkan, “aku mampu bersaing dengan dia!” hahaha. Namun, tidak semudah itu! Aku pernah dengar seseorang bercakap pada aku *tak pasti sahih atau tidak” 1 langkah larian usain bolt adalah bersamaan 2 langkah larian pelari kedua terpantas dunia. Betul ke? Persoalan sekarang, berapa langkah kaki yang aku perlukan bagi menyamai 1 langkah usain bolt? Hahahaha!

www.ceritaejoy.com

Rekod masa usain bolt bagi acara final 200m athletics Rio 2016 adalah 19.78s. Andre De Grasse pula adalah 20.02s. Dan Haffizuliskandar adalah 10minit. Hahahahaha. Itu belum kira kaki cramp secara tiba-tiba lagi! Hehehe. Apa pun, memang lucu bila tengok semula video mereka! Sempat lagi bergurau. Itulah beza atlet bertaraf dunia dengan kita. Kita ni jangan nak kata gurau, nak habiskan larian pun belum tentu. Hahahaha.

Dari pandangan mata aku, apa yang dilakukan usain bolt ini adalah sebagai satu bentuk psiko. Kenapa? Sebabnya, walaupun dia memperlahankan sedikit lariannya, dia masih tidak boleh dikalahkan oleh Andre De Grasse. Jadinya, dia boleh cakap, tengok lah, walaupun aku memperlahankan sedikit larian aku, aku masih tidak boleh di kalahkan. Hahaha. itu aku yang cakap ya! Pendapat aku semata-mata. Hehehe.

Baiklah! Tahniah kepada beregu badminton rio 2016 malaysia yang berjaya menghadiahkan pingat perak buat malaysia! Mereka sudah berusaha bertungkus lumus! Jadi pujian harus diberikan kepada mereka! tahniah juga buat Lee Chong Wei kerana berjaya ke final Singles badminton Rio 2016! Berdebar-debar tengok game dia dengan Lin Dan! Kami mendoakan ada pingat emas pertama buat malaysia dari sukan ini!! Ayuh rakyat malaysia! Kita berikan sokongan kepada atlet malaysia!!

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.