Line Celcom Sedang bermasalah ke?

www.ceritaejoy.com

Line Celcom Sedang bermasalah ke? | Aku pengguna setia celcom. Entah berapa lama dah aku guna perkhidmatan celcom ni. Namun kebelakangan ini, aku kurang pasti, samada handphone aku yang bermasalah atau line celcom yang sedang bermasalah! Semalam, ramai juga rakan-rakan di facebook yang cakap benda yang sama. Semuanya tension! Marah! Semua ada! Sebabnya, line internet slow!

Mungkin ia tidak menjadi masalah bagi orang lain, tetapi menjadi masalah kepada mereka yang menggunakan internet untuk jana income. Ibarat kerja la, tak kerja, takda lah gaji kan? Bagi peniaga online, tiada internet, tiadalah sale. Itu perumpamaan.

Aku perlukan internet untuk jana income online. Buat duit dengan 8Share. Nak share semua iklan, kalau nak tunggu dia download iklan yang ada pun dah ambil masa yang lama, memang ada masalah dekat situ. Aku juga menjadi pengedar Minyak Herba Asma Mujarab-Melaka. Jual secara online di laman sosial. Kalau nak post iklan dekat group Facebook pun dah ambil masa yang lama, ianya memang memberikan masalah yang besar pada aku.

Ada pelanggan yang bertanyakan mengenai minyak mujarab ini melalui messenger. Nak bukak aplikasi tu pun dah ambil masa yang lama. Jadinya, adakah Line Celcom Sedang bermasalah atau handphone aku yang bermasalah. Dah tentulah tiada masalah pada handphone, betul tak?

Dalam dunia serba moden ni, semua akses melalui internet. Jadinya, kalau ada masalah dekat situ, segalanya mungkin ada menjadi perlahan. Kadang aku pelik, tak kan line celcom perlahan dalam tempoh yang lama? Dah beberapa kali jugak aku post dekat facebook ceritaejoy. Ada rakan-rakan yang komen, line mereka ok. Tapi duduk kat perak sana. Aku di Melaka.

Atau mungkin kawasan Melaka sahaja yang bermasalah? Atau mungkin juga handphone aku yang bermasalah? Tapi jawapan aku lebih kepada line celcom yang bermasalah. Kerana, mana mungkin masalah lain selain daripada line kan?

Ada pengguna celcom? Line korang perlahan tak? Atau biasa je? Nak juga tanya. Kalau line aku je yang bermasalah, pelik juga. Tapi betul, semalam memang ramai rakan-rakan pengguna celcom yang update status mengenai Line Celcom Sedang bermasalah ni.

5 ulasan:

  1. Salam Jumaat…Sally singgah ni haaa~

    ok, ini serius...Slaly ingat phone Sally yg ada masalah...so, mmg ada masalah line la skrg ni eh...ish..padan la manjang xde line

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..ramai yang cakap benda yang sama..nak upload gambar dekat fb pun lambat..hmm

      Padam
  2. Salam Jumaat...
    nieyl singgah sini....
    biasa nya line yg problem jarang handphone yg problem...
    try la call celcom..takut ade setengah kawasan tgh de problem.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai yang cakap, sekarang ni memang line celcom sedang bermasalah..hmm

      Padam
  3. Tempat aku pun kt sekinchan teruk jgk ni.dah 2 hari ni..harap pihak celcom ambil berat la tentang ni..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.