15 beautiful place in India to visit.

Oktober 25, 2016

15 beautiful place in India to visit | Aku suka singgah ke page backpackers malaysia. Dari situ, aku dapat tahu pelbagai lokasi menarik di dunia perkongsian daripada mereka yang pernah sampai ke negara-negara tersebut. Tetapi ada 1 perkongsian yang benar-benar menarik perhatian aku. India! Agak sukar untuk kita mendengar atau membaca orang suka travel to india ni. Kerana katanya tidak ada apa-apa disana! Ini membuatkan aku terpaksa mencari, apakah keistimewaan negara tersebut. Dan selepas beberapa ketika, ianya sangat memeranjatkan! Ini 15 beautiful place in India to visit!

Sebelum itu, India merupakan sebuah negara yang berada di Asia selatan. Bila sebut mengenai negara ini, perkara yang hebat di mata ramai orang adalah Taj mahal. Selain daripada filem-filem nya yang penuh emosi, tarian dan air mata! Ini serius! Jangan gelak ya! Ala, aku pun kadang-kadang tu suka tengok filem Hindustan. Hehe.

Ok, ibu negara bagi india adalah New Delhi. Dan matawang bagi negara tersebut pula adalah Indian Rupee. Manakala bahasa rasmi bagi negara india adalah hindi dan English. Ha! Jadi tak susahlah kalau kita nak ke sana, cukup sekadar tahu English basic dah kira ok dah. Tak seperti negara-negara tertentu yang tidak fasih berbahasa English, agak sukar juga bagi kita, kan?

Baiklah! Cukup mukadimah aku setakat itu. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai negara ini, bolehla rujuk dengan Wikipedia ya! Ok, jom tengok 15 beautiful place in India to visit!


beautiful place in India to visit

1. Ladakh.

Ladakh ialah sebuah kawasan di Jammu dan Kashmir. Ia adalah salah satu kawasan yang paling ramai penduduk. Ladakh terkenal dengan keindahan gunung dan budayanya. Ladakh suatu masa dahulu menjadi laluan perdagangan yang penting. Bandar terbesar di Ladakh adalah Leh, diikuti oleh Kargil.


beautiful place in India to visit


2. Manali

Manali terletak di pergunungan bahagian Himachal Pradesh berhampiran hujung utara Lembah Kullu, pada ketinggian 2,050m (6726 ft). Ia terletak di daerah Kullu, kira-kira 270 km (168 batu) utara ibu negeri, Shimla. Ia adalah destinasi pelancongan yang popular dan berfungsi sebagai pintu masuk ke Lahaul & daerah Spiti serta Leh.


beautiful place in India to visit

3. Uttarakhand.

Uttarakhand yang sebelum ini dikenali sebagai Uttaranchal adalah sebuah negeri di bahagian utara India. Ia sering dirujuk sebagai Devbhumi kerana banyak kuil-kuil Hindu di negeri ini. Uttarakhand dikenali dengan keindahan alam semula jadinya. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian, Garhwal dan Kumaon, dengan 13 daerah.


beautiful place in India to visit.

4. Delhi.

Delhi merupakan sebuah bandar yang paling luas di India-kira-kira 1,484 kilometer persegi (573 batu persegi). Jumlah penduduk disini kira-kira 25 juta orang dan menjadikannya sebagai bandar kedua paling ramai penduduk selepas Mumbai dan aglomerasi bandar paling ramai penduduk di India dan kawasan bandar ke-3 terbesar di dunia!


beautiful place in India to visit.

5. Spiti Valley.

Spiti Valley ialah lembah gunung padang pasir terletak tinggi di pergunungan Himalaya di bahagian utara-timur negara bahagian Himachal Pradesh. Spiti membawa maksud tanah di tengah-tengah iaitu tanah di antara Tibet dan India. Disini adalah lokasi di mana kurangnya penduduk. Lembah ini juga terputus hubungan dengan kawasan sekitar sehingga lapan bulan lamanya apabila salji tebal mula meliputi kawasan sekitar.


beautiful place in India to visit.

6. Auli.

Auli terletak di pergunungan Himalaya, Uttarakhand, India dan berada pada ketinggian 2500-3050 meter di atas paras laut. Auli adalah sebuah destinasi pelancongan dan ski adalah tarikan utama di sini. Auli dikelilingi oleh hutan konifer dan hutan oak, dengan pemandangan panorama puncak banjaran gunung yang paling besar di dunia, Himalaya.


beautiful place in India to visit.

7. Jaipur.

Jaipur adalah ibu negara dan bandar terbesar di Rajasthan di Utara India. Bandar ini mempunyai penduduk seramai 3.1 juta, menjadikannya bandar paling ramai penduduk kesepuluh di negara ini. Jaipur juga dikenali sebagai Pink City of India. Jaipur adalah destinasi pelancongan popular di India dan berfungsi sebagai pintu masuk ke destinasi pelancongan lain di Rajasthan seperti Jodhpur ,Jaisalmer dan Udaipur.


beautiful place in India to visit.

8. Shimla.

Shimla adalah ibu negeri dan bandar terbesar di Himachal Pradesh. Ia adalah pusat perdagangan, kebudayaan dan pendidikan utama kawasan berbukit di negeri ini. Bandar ini mempunyai seramai 171.817 penduduk dan sebahagian daripada Empayar Sikh. Seni bina kolonial dan gereja-gereja, kuil-kuil dan keindahan alam semula jadi di bandar ini menarik sejumlah besar pelancong untuk datang ke sini. Shimla juga mempunyai gelanggang luncur ais semula jadi terbesar di Asia selatan.


beautiful place in India to visit.

9. Kasol.

Kasol merupakan sebuah perkampungan di Himachal Pradesh, utara India. Ia terletak di Parvati dalam perjalanan di antara Bhuntar ke Manikaran. Ia terletak 42 km timur Kullu pada ketinggian 1640 meter. Ia sangat popular di kalangan pelancong yang kebanyakannya datang untuk melawat kampung berdekatan Tosh.


15 beautiful place in India to visit.


beautiful place in India to visit.

10. Goa.

Goa adalah sebuah negeri di barat daya India, disempadani oleh Maharashtra ke utara dan Karnataka di timur dan selatan. Ia merupakan negeri paling kecil India dan keempat terkecil dari segi penduduk. Namun Goa menjadi salah satu daripada negeri-negeri terkaya di India. Goa menjadi tumpuan ramai pelancong antarabangsa dan domestik setiap tahun kerana pantai-pantainya, tempat-tempat ibadat dan warisan seni bina dunia.


beautiful place in India to visit

11. Mumbai

Mumbai adalah ibu kota negeri Maharashtra. Ia adalah bandar yang paling ramai penduduk di India dan kesembilan paling ramai penduduk di dunia, dengan penduduk bandar dianggarkan kira-kira 18.4 juta orang! Ia juga merupakan bandar yang terkaya di India. Kabarnya juga, Mumbai menjadi lokasi pilihan bagi ramai bintang Bollywood.


beautiful place in India to visit

12. Rajmachi.

Rajmachi adalah sebuah perkampungan kecil di pergunungan Sahyadri di India. Rajmachi Fort merupakan destinasi trekking paling popular dikalangan pengemar aktiviti ini. Rajmachi boleh dicapai dengan 2 cara:

1. Menggunakan laluan yang sukar dari kampung Kondivade Atau Salpe-Kharmare berhampiran Karjat dan ia memerlukan anda untuk memanjat kira-kira 2000 kaki!

2. Laluan yang lain pula adalah dari Lonavala, yang memerlukan anda untuk berjalan kaki sejauh kira-kira 15 km!

Pada musim hujan, kawasan ini menjadi lebih cantik dengan air terjun, sungai dan hutan hijau yang subur dan padang rumput.


beautiful place in India to visit

13. Meghalaya.

Meghalaya adalah sebuah negeri di utara-timur India. Meghalaya membawa maksud "tempat tinggal di atas awan" dalam bahasa Sanskrit. Terdapat banyak sungai di sini dan beberapa air terjun yang indah!


beautiful place in India to visit

14. Alleppey

Alleppey adalah bandar ke-7 terbesar di Kerala dengan jumlah penduduk seramai 174.164 orang dan ketiga antara daerah yang mempunyai kadar celik huruf tertinggi di Kerala. Alleppey dianggap sebagai bandar terancang tertua di rantau ini. Lokasi ini menjadi salah satu daripada destinasi pelancongan penting di India.


beautiful place in India to visit

15. Hampi.

Hampi merupakan sebuah kampung dan bandar kuil yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO di utara Karnataka, India. Ia terletak dalam runtuhan bandar Vijayanagara, bekas ibu negara Empayar Vijayanagara. Pada sekitar tahun 1500, Vijaynagar mempunyai kira-kira 500,000 penduduk dan menjadikannya sebagai bandar kedua terbesar di dunia selepas Beijing dan hampir tiga kali saiz Paris.

Oklah! Yang sebenarnya masih banyak lagi lokasi-lokasi menarik di india. Rasanya kalau aku nak senaraikan semua, boleh jadi sebuah buku travel nanti. Hehehe. Rasanya, cukuplah 15 beautiful place in India to visit ni. Yang sebenarnya, aku sendiri masih kurang percaya, india memiliki lokasi-lokasi yang cantik dan menarik seperti ini. Lepas ni, kalau ada orang cakap, nak Travel to india, janganlah kita terperanjat pulak ye. Hehehe.

4 ulasan:

  1. Mai suka sgt dengan kebudayaan kaum india memandangkan peminat tegar hindustan,kekeke, and suatu hari nnt memang nak jejak sana sendiri.

    BalasPadam
  2. Nice Sharing> Tempat2 ni boleh masuk dalam plan backpackers ke India

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.