Blog tentang Home & Interior Design.

Oktober 24, 2016
Blog tentang Home & Interior Design

Blog tentang Home & Interior Design | Aku sebenarnya memang suka dengan Home & Interior Design. Kalau ada expo mengenai hal ini, memang aku suka pergi. Aku suka tengok perabot dan juga hiasan dalaman rumah yang lain. Melaka selalu juga ada expo-expo macam ni. Dan! Atas alasan itulah, wujudnya Blog tentang Home & Interior Design, Kongsideas!

Dah lama juga aku buat blog tentang Home & Interior Design ni. Cuma masa je takda nak update. Aku lebih fokus pada blog ceritaejoy. Cuma sekarang ni, ada la sedikit masa nak update blog pasal rekaan rumah dan reka hias ruang dalaman rumah tu. Kebanyakkan info kat dalam blog tu aku ambil daripada blog-blog antarabangsa.

Bermain dengan hiasan rumah ni memerlukan kos yang agak besar. Namun dalam edisi DIY *Do it Yourself* semua kos itu boleh dikurangkan. Tapi memandang blog kongsideas masih baru, jadi segmen DIY tu masih belum ada. Tetapi memang aku akan selitkan juga segmen ini satu masa nanti.

Aku sebenarnya suka dengan design lain daripada yang lain. Makna kata, bentuk rumah lain daripada yang biasa kita tengok. Dalam blog kongsideas, ada aku kongsikan beberapa rekaan rumah yang menarik dan aku masih menyimpan hasrat untuk memiliki salah satu daripada rekaan yang aku kongsikan dalam blog tersebut.

Aku juga meminati rekaan rumah konsep bali, Indonesia. Pada aku, seni yang ada pada rumah bali tu unik. Aku suka dengan design kolam yang ada. Cantik kan? Tenang je ada kolam dalam rumah. hehehe. Lagi satu, pokok-pokok hiasan yang ada. Mata kita ni memang perlu sentiasa tengok warna hijau. Hati mesti tenang. Hehehe.

container homes

Terbaru! Aku suka dengan konsep binaan container homes! Dekat luar negara dah famous dah benda ni, tapi kat malaysia dah mula orang buat. Aku ada seorang rakan yang jual container kosong. Kalau ada dalam kalangan korang yang merancang untuk buat container homes, korang boleh hubungi beliau. Dan kalau tak tahu nak buat design yang macam mana, korang boleh rujuk pada blog kongsideas!

Oklah. Aku Cuma nak beritahu mengenai Blog tentang Home & Interior Design aku tu je. Blog Kongsideas. Blog masih baru dan masih banyak yang belum siap dekat blog tu. Dan, kalau-kalau ada yang ingin menjadi Blog Authors Kongsideas, boleh email aku ya!

2 ulasan:

  1. berangan juga dengan container home ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha. nak beli container? murah2 je. Search nama jebat kat fb. lupa nama penuh fb dia apa. hahahaha

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.