Cara setting wire transfer pada akaun adsense.

Oktober 03, 2016
www.ceritaejoy.com

Cara setting wire transfer pada akaun adsense | Fuh! Walaupun belum layak untuk merasa Duit Usd Online daripada Adsense ni, dah keluar kan dah entry untuk setting wire transfer. Hehe. Nampak semangat dekat situ. Yang sebenarnya, ramai yang guna khidmat western union, tapi dengan adanya cara ini, ianya jadi lebih mudah. Yelah, sebab terus masuk dalam akaun bank kita kan. Hehe. Ok! Jom tengok tutorial mudah cara setting wire transfer pada akaun adsense.

Perkara pertama yang perlu kita buat adalah Login masuk ke dalam akaun adsense. Kemudian pergi pada bahagian Payment Setting. Ok. Nampak tak bahagian +Add a new payment method tu? Ok, sila klik pada bahagian itu ya.

www.ceritaejoy.com

Ok. Dah klik? Kalau belum, sila klik sekarang. Dah klik? Ok, kalau dah, akan keluar lah paparan seperti di bawah. Jika tak nampak paparan seperti ini, sila klik ya! hehe. Bila korang klik je dekat situ, akan keluar 3 item. Klik pada Add new wire transfer details.

www.ceritaejoy.com


Langkah seterusnya dalam Cara setting wire transfer pada akaun adsense adalah isikan tempat kosong.

Cara nak isi adalah seperti berikut ya!

Account holder name :  Isikan nama penuh korang.

Bank name : Isikan nama bank korang

SWIFT-BIC : Ini yang ramai tak tahu. Aku sendiri dulu pun tension fikirkan apa benda la ni. Korang boleh baca pasal benda ni dekat sini : Swift code bank malaysia

Account number : Masukkan no akaun bank korang.

Re-type Account number : Masukkan sekali lagi no akaun korang.

Lepas dah isi semua kotak kosong tu, pastikan korang periksa semula. Dah betul-betul yakin, korang tekan save. Dan sila tersenyum. Hehehe. Pihak google akan hantar email pengesahan yang menyatakan setting wire transfer pada akaun adsense korang telah berjaya. Selepas itu, tunggu sahajalah wang USD masuk ke dalam akaun korang. hehehe. Amacam? Senang tak tutorial Cara setting wire transfer pada akaun adsense ni? hehe.

4 ulasan:

  1. tak layak nak mohon adsense ni..blog yang tak menepati syarat..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak..boleh cuba lagi..cukupkan apa yang kurang..lulus la adsense tu.. hehe.

      Padam
  2. pergh. terbaik. aku pening bab payment pakai online mcm ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun masih baru lagi nak belajar-belajar ni. hehehe.

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.