Content is king!

Oktober 10, 2016
www.ceritaejoy.com

Content is king! | Pernah dengar ayat tu? Bagi mereka yang menyasarkan trafik yang tinggi ke blog ataupun, dalam usaha untuk menjana income dengan adsense, ini sangat penting! Kandungan penulisan blog adalah sesuatu yang paling bernilai! Ketika aku masih di dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan online aku menerusi adsense, ramai yang berpesan kepada aku, Content is king! Itu jugalah yang selalu aku simpan di dalam fikiran aku. Bukan mudah sebenarnya Buat Duit Dengan Adsense ni, tapi jika dapat kuncinya, alhamdulilah, segalanya pasti berubah.

Aku menyasarkan untuk memperolehi nilai minimum pengeluaran adsense iaitu USD100. Jika dibahagikan kepada minggu, aku perlu dapatkan USD25. Bagaimana pula dengan hari? Untuk berjaya Buat Duit Dengan Adsense dengan pengeluaran setiap bulan berjumlah USD100, aku perlu dapatkan minima USD3.3 sehari! Buat masa sekarang, aku baru berjaya memperolehi sekitar USD1 sehari. Sedikit bukan?

Peratusan hampir kesemua klik adsense aku datangnya dari negara bertuah ini, malaysia. Cuma adalah sehari tu dapat klik dari Canada. Gembira tak terhingga aku waktu tu. Baru aku tahu, kenapa ramai pemain adsense, mencari-cari klik dari Canada! Sebabnya adalah, klik mereka mahal. Mungkin ini juga salah satu rahsia Buat Duit Dengan Adsense. hehe.

Baiklah, berbalik semula dengan cerita Content is king tadi. Bagaimana untuk menulis sesuatu post dengan kandungan yang hebat? Dah ramai blogger yang kongsikan benda ni. Cuma itulah, kadang-kadang sifat malas tu datang, jadi kita menulis pun tak ikut sangat teknik SEO. Bila tiada SEO dalam penulisan, agak susahlah post kita untuk berada dalam carian pertama google. Kan?

Oleh yang demikian, kalau target aku adalah untuk dapatkan USD100 setiap bulan *atau lebih*, sifat malas tu tak perlu ada la kan? Kena buang jauh-jauh. Kena mulakan menulis sesuatu yang bernilai. Kena juga cari tips bagaimana nak dapatkan click dari Canada. Hehe. Rasanya kena ubah la semua penulisan dalam blog ceritaejoy ni kan? hehehe.

Orait! Post ini Cuma nak beritahu Content is king! Ada kandungan yang hebat dalam penulisan blog. Anda raja! Buat Duit Dengan Adsense juga jadi mudah. Bolehlah capai status blogger sepenuh masa! Satu gelaran yang di idamkan oleh ramai blogger! insyaAllah.

4 ulasan:

  1. Blog bm dapat klik dari Canada? Hebatlah!
    Tahniah Ejoy..
    In shaa Allah dalam masa terdekat ni pasti dapat $100 sebulan.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..saya sebenarnya masih tercari-cari. mereka datang melalui keyword mana. kalau dapat keyword tu memang best la. hehehe

      Padam
  2. Usaha tangga kejayaan. :D All the best to you!

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.