Gambar helikopter terhempas di SMK Balung Tawau.

Oktober 04, 2016
www.ceritaejoy.com

Gambar helikopter terhempas di SMK Balung Tawau. | Memeranjatkan juga bila ada seorang rakan kongsikan gambar mengenai kejadian helikopter terhempas di SMK Balung tawau ni. Daripada perkongsian tersebut, katanya ada seramai 13 anggota tentera yang tercedera. Dan seramai 4 orang pelajar mengalami kecederaan. Alhamdulilah, tiada laporan melibatkan kematian. Katanya helicopter tersebut sedang menjalankan latihan. Baca berita lanjut. Dan gambar-gambar sekitar kejadian helikopter terhempas di SMK Balung, tawau.

TAWAU: Sebuah helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, dekat sini, pagi tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 13 anggota tentera dan empat pelajar cedera. 

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi. 

Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut. 

Helikopter terbabit dipercayai melanggar bucu bumbung bangunan sekolah sebelum terhempas di dewan sekolah terbabit yang dalam pembinaan mengakibatkan struktur berkenaan mengalami kerosakan teruk. 

Kejadian berlaku ketika sesi pembelajaran sebelum disusuli dentuman kuat yang mengejutkan warga sekolah berkenaan. 

Difahamkan, sebahagian pelajar trauma dengan insiden berkenaan termasuk ada yang dilaporkan menangis.

Gambar helikopter terhempas di SMK Balung Tawau

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

www.ceritaejoy.com

Siaran Media oleh Bahagian Perhubungan Awam TUDM.

www.ceritaejoy.com

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.