Siapa pemenang piala malaysia 2016?

Oktober 31, 2016
Siapa pemenang piala malaysia 2016

Sumber : http://www.hmetro.com.my/

Siapa pemenang piala malaysia 2016? | Aku bukan kaki bola. Aku Cuma tahu semalam ada perlawanan di antara kedah dan Selangor. Dan aku tak tahu pun tu piala apa! Hahaha. Walaupun aku di lahirkan di kedah, tapi semangat bola tu takda dalam diri aku. Walau bagaimana pun, dalam hati nak tahu juga siapa yang menang piala malaysia 2016 ni. Bukak je facebook pagi tadi! Ahha! Terus tahu Siapa pemenang piala malaysia 2016!

Apa pun tahniah pada kedah kerana menang piala malaysia 2016. Suka? Suka la kot! Hahaha. Aku tak minat bola la. Kalau ikut pada negeri, mungkin semangat la! Ahahahah. Jangan kecam aku. Aku memang di lahirkan di kedah, tapi tidak dibesarkan di sana. Tapi keseluruhan keluarga aku masih ada di sana. Cuma aku dan abang aku sahaja yang merantau.

Oklah! Alang-alang dah bercerita pasal piala malaysia 2016 ni, kita ceritalah sikit-sikit pasal juara piala malaysia ni ya! Soalan biasa orang tanya, Siapa pemenang piala malaysia 2016? Kemudian, berapa gol? Ok. Jawapannya adalah seri 1-1. Hahaha. Bila dah terikat 1 sama ni, jawapannya tentulah sepakan penalti kan?

Part ni yang ramai orang tak suka tengok *eh! Yeker tak suka?* sebab katanya boleh buat sakit jantung! Hahahaha. Mendebarkan kot! Dan semalam pemenang piala malaysia 2016 di tentukan dengan sepakan penalti. Aku tak tengok live, jadi debaran tu takda. Aku tengok rancangan MHI je pagi tadi. Hehehe.

Ok! Kedah menang piala malaysia 2016 dengan mengalahkan Selangor 6-5 menerusi sepakan penalti. Dan Rizal Ghazali diangkat sebagai wira kerana jaringannya itu! Melalui cerita rakan-rakan yang tengok live semalam, ramai yang bercerita mengenai tiang gol! Bila aku dengar macam tu, confirmlah bola banyak kena tiang, betul ke?

Aku ni tak pandai sangat nak bercerita pasal keseluruhan game piala malaysia 2016 malam tadi. Cuma soalan-soalan macam Siapa pemenang piala malaysia 2016 tu bolehlah aku jawab. Hahahaha. Sebab mudah je jawapan dia, kedah! Dan! Dan penjaring gol pasukan kedah tu pun aku ambil dari laman web. Maaflah rakan-rakan semua, aku memang tak minat bola, nak buat macam mana kan?

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.