9 Tarikan menarik di Iceland.

November 24, 2016
Tarikan menarik di Iceland (Best Places to Visit in Iceland)

9 Tarikan menarik di Iceland (Best Places to Visit in Iceland) | Ada apa di negara ais ini? Kalau tengok pada nama, mesti kita akan ingat ini adalah negara ais, sebabnya, nama negara ini adalah Iceland. Tapi jangan tak tahu ya! Ada beberapa kawasan di sini adalah tanah hijau! Ahha! Itu sangat menarik kan? Mulanya aku tak pernah terfikir pun pasal Iceland ni, tapi lepas aku cari beberapa ilmu di google, aku terjumpa 1 laman web yang berkongsikan Best Places to Visit in Iceland atau dalam bahasa melayunya, Tarikan menarik di Iceland!

Lepas aku baca, aku sendiri jadi tertarik dengan lokasi ini! Iceland merupakan sebuah negara dengan alam semulajadi yang sungguh indah! Walaupun dikatakan agak terasing dengan negara lain, Iceland memiliki warisan budaya yang unik seperti sastera, muzik dan masakan! Ini sememangnya akan memberikan kita suatu pengalaman yang sangat berbeza!

Baiklah! Jom kita tengok 9 Tarikan menarik di Iceland (Best Places to Visit in Iceland).

Tarikan menarik di Iceland (Best Places to Visit in Iceland)

#1. Hornstrandir Nature Reserve.

Kalau datang ke Iceland, apa kata korang singgah ke Hornstrandir Nature Reserve di Westfjords. Walaupun terdapat kawasan yang curam di tebing laut, Hornstrandir merupakan tempat yang sesuai untuk pengembara yang cintakan alam semula jadi! Di sini tiada kemudahan fasiliti atau apa pun, jadi adalah dinasihatkan, jika ingin datang ke Hornstrandir, bawa alat kecemasan anda sendiri.

Tarikan menarik di Iceland (Best Places to Visit in Iceland)

#2. Husavik.

Sebuah kampung nelayan yang kecil yang terletak di dalam teluk yang terlindung di utara Iceland, Husavik merupakan salah satu lokasi yang terbaik di eropah untuk melihat ikan paus! Di antara spesis yang terkenal di sini adalah minke, humpback dan blue whales serta white-beaked dolphin. Disini juga terdapat muzium ikan paus yang menawarkan pelbagai maklumat mengenai ikan paus dan juga menceritakan sejarah penangkapan ikan paus di Iceland.

Tarikan menarik di Iceland (Best Places to Visit in Iceland)

#3. Landmannalaugar.

Sekali tengok gambar lokasi ni dah macam tengok gambar lukisan kan? Seterusnya dalam 9 Tarikan menarik di Iceland (Best Places to Visit in Iceland) adalah di Landmannalaugar. Terletak di dalam Hutan Simpan Semula Jadi Fjallaback di kawasan tanah tinggi pedalaman Iceland, Landmannalaugar terkenal dengan laluan mendaki yang indah! Menariknya di sini adalah terdapat penginapan asas untuk penginapan semalaman di sini!

Tarikan menarik di Iceland (Best Places to Visit in Iceland)

#4. Thingvellir National Park.

Disini adalah lokasi di mana Parlimen Iceland telah ditubuhkan pada abad ke-10. Taman negara ini merupakan sangat bersejarah kepada negara Iceland. Di antara tarikan menarik di sini adalah pemandangan gunung-gunung, lembah, tasik dan kesan akibat daripada gunung berapi.

Tarikan menarik di Iceland (Best Places to Visit in Iceland)

#5. Myvatn.

Lokasi ini yang menghapuskan terus pemikiran aku mengenai negara Iceland. Siapa yang cakap negara ini penuh dengan salji? Lihat dahulu pada Myvatn! Terbentuk ribuan tahun yang dulu akibat daripada laluan larva panas, Myvatn adalah tempat terbaik di Iceland untuk melihat burung. Terdapat lebih 100 spesis burung disini.

Tarikan menarik di Iceland (Best Places to Visit in Iceland)

#6. Reykjavik.

Terletak di semenanjung Seltjarnarnes di barat daya Iceland, Reykjavik merupakan kawasan yang dihuni kira-kira 120,000 penduduk. Disini korang boleh menikmati gaya hidup sebenar dan budaya masyarakat di Iceland. Terdapat banyak muzium dan lokasi bersejarah di sini.

Tarikan menarik di Iceland (Best Places to Visit in Iceland)

#7. Jokulsarlon.

Kalau buat filem disini menarik ni. hehe. Tempat terbaik untuk menyaksikan kuasa alam semula jadi adalah di Jokulsarlon Glacier Lagoon! Terletak di tenggara Iceland, lokasi ini telah diterbentuk oleh ais glasier Breidamerkurjokull. Disini juga korang boleh melihat aisberg yang pecah di luar glasier dan terhempas ke dalam laut!

Tarikan menarik di Iceland (Best Places to Visit in Iceland)

#8. Vatnajokull National Park.

Rumah kepada glasier terbesar di Eropah, Taman Negara Vatnajokull begitu luas sehingga ia merangkumi kira-kira 14 peratus daripada negara ini! Terbahagi kepada empat wilayah yang diuruskan secara berasingan, bahagian yang paling kerap dilawati adalah wilayah selatan Skaftafell. Taman negara ini sangat mudah di akses. Dan katanya terdapat air terjun di sini. Hmm?

Tarikan menarik di Iceland (Best Places to Visit in Iceland)

#9. Blue lagoon.

Dan last sekali dalam 9 Tarikan menarik di Iceland (Best Places to Visit in Iceland) ini adalah, Blue lagoon. Terletak di semenanjung Reykjanes kurang daripada satu jam memandu dari Reykjavik, Blue Lagoon adalah destinasi pelancongan yang paling popular di Iceland. Ianya adalah tasik buatan manusia. Airnya dikatakan memiliki mineral yang sangat baik untuk kesihatan tubuh. Disini juga terdapat resort dengan pelbagai kemudahan termasuk rawatan spa, sauna, mandian wap dan kelengkapan lain.

1 ulasan:

  1. wah!bestnyaaaa....
    rasa macam nak masukkan diri dalam pc nie boleh...
    sebab teruja..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.