Apa yang perlu dilakukan dengan pesakit yang kena serangan jantung.

November 01, 2016
pesakit yang kena serangan jantung

Apa yang perlu dilakukan dengan pesakit yang kena serangan jantung | Ok! Ini memang terjadi hampir pada semua orang. Tak tahu nak buat apa! Ya! Bila kita berhadapan dengan mereka yang tiba-tiba kena serangan jantung, kita tiba-tiba jadi blur! Dan seringkali juga, perkara yang boleh dielakkan dan mampu menyelamatkan nyawa ini tiba-tiba hilang dari minda seseorang tu. Apa nak buat kalau berhadapan dengan mereka yang tiba-tiba kena serangan jantung ni?

Cuba bayangkan kita keluar berjalan-jalan dengan keluarga di shopping mall. Sedang kita duduk berehat di 1 kerusi, ada seseorang yang berhampiran kita, atau mungkin yang sedang berjalan di depan kita, tiba-tiba rebah! Dan tangannya berada di jantung. Apa perkara pertama yang muncul dalam minda kita? yes! Mesti kena sakit jantung ni. ok! Perkara kedua yang muncul? Yes sekali lagi! Nak buat apa ni?!

Mengikut kajian seorang blogger dari blog ceritaejoy, saudara haffizuliskandar, sebanyak 90% daripada mereka yang berhadapan dengan perkara seperti ini akan kata, mereka tak tahu buat apa! Dan selebihnya pula akan secara spontannya menjerit, Tolong! Tolong! Dia kena serangan jantung ni! Atau yang paling mungkin, mereka akan memaksa orang yang berada di sekeliling mereka untuk membantu.

Ok! Yang sebenarnya, anda cukup bertuah kerana singgah ke blog kerdil ini. Ini adalah kerana, hari ini, aku ingin kongsikan beberapa tips atau langkah yang boleh korang buat atau praktikkan kalau tiba-tiba sahaja berhadapan dengan mereka yang kena serangan sakit jantung ni. Ok? Cara ini korang boleh lakukan “kalau” ianya berlaku secara tiba-tiba di kawasan yang tidak ada doktor. Ok, faham kan maksud aku?

Sebelum apa-apa, ini yang korang perlu tahu. Serangan jantung adalah punca utama kepada banyak kematian di malaysia. Menurut IJN (Institut Jantung Negara), penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di negara ini dengan 20% rakyat Malaysia terdedah kepadanya. Yang lebih membimbangkan ialah hakikat bahawa bilangan kes ini semakin meningkat setiap tahun. Hebatnya lagi, sakit jantung ni tak kira umur! Sapa-sapa pun boleh kena!

Ok! Penyakit jantung ni berlaku apabila otot jantung tiada darah yang kaya dengan oksigen. Ini menyebabkan kerosakan pada otot jantung! Seperti semua tisu dan organ-organ lain dalam badan, jantung memerlukan bekalan tetap darah yang kaya dengan oksigen. Tanpa bekalan ini, otot jantung boleh rosak dan mula mati. Cuba bayangkan tiba-tiba takda oksigen, macam mana nak bernafas, betul tak?

Sebelum tu, kita kena tahu apakah tanda-tanda seseorang tu kena serangan jantung. Perkara paling biasa adalah sakit dada! Tapi janganlah bila kawan-kawan kita cakap, eh! Dada aku sakit la, korang terus cakap, ha! Sakit jantung ni! jangan! Jangan! Nanti jantung tak sakit, hati korang pulak yang sakit. Ok? Hehehe.

pesakit yang kena serangan jantung

Kalau seseorang itu tiba-tiba sakit dada dan diikuti dengan beberapa gejala ini:

  • Rasa muak atau ingin muntah
  • muka tiba-tiba pucat
  • peluh sejuk
  • rasa takut secara tiba-tiba
  • sakit pada bahagian bahu, lengan, leher atau rahang.
  • pening atau pengsan
  • lemah atau rasa sangat letih
  • susah untuk bernafas

Kalau semua ini dan salah satu gejala ini ada, berkemungkinan seseorang itu kena serangan jantung. Dan sekali lagi, jangan gelabah! Aku akan kongsikan langkah Apa yang perlu dilakukan dengan pesakit yang kena serangan jantung ni, dan diharapkan ianya mampu menyelamatkan mereka. insyaAllah. ok? Dah bersedia? Ayuh ke gelanggang ilmu!

#1. Cepat-cepat call talian kecemasan.

Ini paling penting! Call talian kecemasan. Beri tahu ada orang kena serangan jantung dekat kawasan anda. Jangan anggap semua perkara kita boleh buat. Ok! Kena faham, setiap masa yang berlalu itu sangat kritikal. Ini adalah kerana, semakin lama masa yang di ambil, semakin besar kerosakan jantung dan boleh menyebabkan kematian.

#2. Jangan cuba untuk membawa pesakit tersebut ke hospital.

Eh! Lepas tu nak buat apa? Nak tunggu ambulan sampai? Memang berejam lah! Baik kita sendiri bawa pesakit ke hospital! Sabar. Sabar dulu tuan-tuan dan puan-puan semua. 

Sekali lagi, mengikut pandangan seorang blogger yakni Haffizuliskandar, pemilik blog ceritaejoy, apabila korang berjaya menghubungi talian kecemasan, mereka akan ajarkan pada kita beberapa langkah yang boleh kita buat untuk bantu pesakit jantung ni.

Kalau lokasi kejadian berdekatan dengan hospital memang tidak menjadi masalah, bagaimana pula kalau jauh? Jadi di sinilah pentingnya kita menelefon talian kecemasan terlebih dahulu. Ok.

#3. Jangan teragak-agak untuk buat CPR terutamanya apabila orang itu telah berhenti bernafas.

Jangan memilih! Itu je aku nak cakap. Wah! Kalau awek cun, kakak manis, laju je nak buat CPR. Sentiasa ingat, bantuan kita ini mampu menyelamatkan nyawa seseorang. Ok? Belajar cara nak buat CPR dengan betul. Dalam drama TV pun selalu ada scene CPR ni. Tak tahu juga sebab tak tengok drama dekat tv? Ok. Call talian kecemasan, mereka akan ajar. Orait?

#4. Jangan biarkan mangsa terbaring di atas lantai.

Ok! Ini sangat penting. Kenapa? Sebabnya, bila dalam keadaan baring, pesakit yang kena serangan jantung ini akan lebih sukar untuk bernafas. Lebih sukar ok! Bukan lebih senang untuk bernafas. Jadi, pastikan mereka dalam keadaan duduk dengan lutut mereka dibengkok kan dan ada sokongan pada kepala dan bahu. Boleh je letak beg korang pada bahagian ni. Cara ini mampu mengurangkan tekanan pada jantung pesakit.

Eh! Dah berapa langkah Apa yang perlu dilakukan dengan pesakit yang kena serangan jantung yang aku kongsikan ek? Ok! Dah 4. Harap korang faham dan ingatlah ye! Ok! Kita pergi pulak pada langkah no 5.

#5. Longgarkan pakaian pesakit.

Sekali lagi! Jangan ambil kesempatan! Wah! Ini nak bantu ke macam mana? Aku tulis dekat atas, longgarkan pakaian pesakit, jangan korang bukak pulak pakaian orang yang kena serangan jantung tu. Itu dah ambil kesempatan namanya. Sambil menyelam minum air la ni. Jangan! Kalau air laut, dah la masin, kembung perut korang nanti. Hehe.

Kenapa perlu longgarkan pakaian mereka. Dekat sinilah kita di galakan untuk berpakaian longgar. Ini adalah kerana, pakaian ketat mampu menyekat aliran darah dalam badan kita. Tak percaya? Cuba ikat tangan kita dengan tali, kemudian rasakan. Lain macam kan. Pernah dengar beauty is pain? Ha, ini lah dia!

#6. Jangan beri apa-apa yang perlu melalui mulut pada pesakit.

Apa-apa tu apa? Ok. Contohnya air. Kan perlu lalu mulut. Atau makanan. Pun jangan beri. Berikan kata-kata semangat boleh, walaupun perlu lalu mulut korang. ok? Faham kan? Sebabnya? 

Mengikut jurucakap blog ceritaejoy, tuan Haffizuliskandar, ini akan menyebabkan pertambahan jumlah darah sekaligus akan meningkatkan tekanan darah pada dinding arteri yang boleh menyebabkan maut!

Oleh yang demikian, sila berhati-hati ya!

#7. Jangan dengar cakap pesakit yang kena serangan jantung ni!

Saya tak apa-apa! Saya penat je ni! Kena rehat sekejap, jap lagi ok la ni! Kalau mereka cakap macam ni, jangan dengar! Kalau ada gejala-gejala seperti yang aku sebutkan dekat atas, terus sahaja hubungi talian kecemasan. 

Ini bukan drama tv oi! Ini kehidupan realiti! Takda orang banyak harta, kena serangan jantung, kemudian balik rumah berehat, kemudian cakap dengan waris dia, harta ini kepunyaan kamu, kemudian, kemudian. Eh! Itu semua jalan cerita dalam drama tv la.

Macam yang aku cakap awal-awal tadi, bukan mukadimah, tapi langkah no #1 tu ya! Mereka yang cepat sampai ke bilik kecemasan, lebih peluang untuk hidup. Pesakit yang kena serangan jantung yang dapat rawatan perubatan dengan segera mampu untuk kurangkan kerosakan jantung mereka. Faham kan?

Oklah! Rasanya 7 langkah mengenai Apa yang perlu dilakukan dengan pesakit yang kena serangan jantung ni sudah cukup untuk kita menyelamatkan nyawa seseorang. Walaupun kita tiada sijil yang mampu memberikan gelaran pada kita, tapi kita mampu untuk selamatkan nyawa orang lain. Tapi percayalah, walaupun ianya nampak mudah, namun masih akan ada mereka yang tidak tahu buat apa dan menjerit Tolong! Tolong!

Sama-samalah kita kongsikan langkah mudah ini ya!

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.