Pewdiepie delete account youtube??

Disember 09, 2016
Pewdiepie delete account youtube

Pewdiepie delete account youtube | Ahha! Kalau ada sesiapa yang tertanya-tanya siapa mamat ni, boleh la klik dekat sini : Siapa Pewdiepie?. Dia ni duduk kat ranking no 1 untuk tah berapa lamanya. Hanya buat apa yang dia suka sahaja dah mampu jadikan dia antara yang paling berjaya dekat dunia! Baiklah, baru sekejap tadi aku terbaca, yang Pewdiepie nak delete account youtube?? Ha? Dah kenapa kan? tiba-tiba je! Ish!

Pewdiepie Complaints About Video Service??


Pewdiepie khabarnya akan memadam saluran YouTube beliau apabila mencapai 50 juta pelanggan! *50 juta beb! Kita ni nak dapat 1 juta pun menangislah!*. Peminat permainan video dan pelawak yang berpangkalan di UK *Lahir di Sweden* atau nama sebenarnya ialah Felix Kjellberg berkata, dalam satu tweet bahawa dia akan menamatkan saluran Youtube pada hari Jumaat pada 05:00, masa London.
Kjellberg dikatakan tidak suka dengan sistem baru Youtube yang diupdate baru-baru ni, yang mana telah menyebabkan jumlah tontonan video beliau telah menurun secara mendadak!

Namun mengikut jurucakap Youtube, mereka telah menafikan sebarang perubahan yang dilakukan akan memberi kesan kepada pemilik akaun youtube. Mereka juga menambah, bahawa perkhidmatan baru itu tidak akan sesekali memberi kesan kepada trafik penonton.

Kjellberg juga telah berkata bahawa dia telah diberitahu oleh YouTube mengenai tiada sebarang perubahan telah dibuat kepada video algoritm. Beliau juga dalam susulan video telah menafikan sebarang kebencian kaum.

Sehingga kini, mereka merasakan Pewdiepie tidak akan memadam account Youtube nya kerana sehingga kini, Kjellberg telah memperoleh kira-kira $15 juta setahun hanya dengan akaun Youtube nya!

4 ulasan:

  1. hebat la.. jgn kata 1 juta menagis, 1k da payah kita nak dpt..

    BalasPadam
  2. View kat youtube channel dia mmg awesome.. bila ntah aku nak dapat view camtu. kui3. :-)

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.