Apa Yang Aku Inginkan Dalam Tahun 2017 ini?

Januari 12, 2017
Apa Yang Aku Inginkan Dalam Tahun 2017 in

Apa Yang Aku Inginkan Dalam Tahun 2017 ini? | Aku percaya masih ramai yang belum menetapkan target mereka untuk tahun 2017 ni termasuklah aku. Secara sedar tak sedar dah 12 hari kita berada dalam tahun 2017. Dan masih belum terlambat sebenarnya untuk kita tetapkan matlamat untuk tahun baru ni. Dan hari ini, aku nak tetapkan beberapa target aku untuk tahun 2017 ni. Dan ini, Apa Yang Aku Inginkan Dalam Tahun 2017 ini!

Kalau tahun-tahun sebelum ni, aku Cuma letak target tapi tak berusaha pun untuk capai. Kata orang, hangat-hangat taik ayam je. Aku sendiri tak pasti kenapa mesti ayam. Tak kambing ke, burung ke, kan? Kenapa mesti ayam? Lepas tu, tahu pulak dia, taik ayam tu hangat, eh! Hahahaha.

Apa Yang Aku Inginkan Dalam Tahun 2017 ini?

Orait. Tahun ini aku cuba nak ubah diri aku sepenuhnya. Ini adalah kerana, tahun 2017 adalah tahun “permulaan” untuk aku di dalam mencapai matlamat keseluruhan hidup aku. Ada sesuatu yang aku harus capai sebelum usia aku jejak ke 40 tahun! Orait, apa yang aku inginkan.

#1. Simpanan kewangan.

Orait. Ini semua orang kena ada. Aku dah tetapkan jumlah yang aku ingin capai dalam tahun 2017 ni. Kalau sebelum-sebelum ni, jumlah yang aku letak memang mengarut untuk aku capai. Sudahnya, jadi macam taik ayam tu la. Tapi, tahun ini, setelah belajar daripada beberapa orang rakan, barulah aku faham macamana nak bermula dengan simpanan kewangan.

Sebab tu, target pertama aku tahun ini adalah untuk ada simpanan kewangan berjumlah sekian-sekian. Ok.

#2. Pembangunan blog.

Tahun ini juga aku nak besarkan lagi blog ceritaejoy ni. Nak buat ianya jadi lebih terkenal. Kalau sebelum ni, aku lebih gemar menulis dan membiarkan macam tu je blog aku. Tapi dalam tahun 2017, aku nak ubah blog ni jadi sesuatu yang berbeza.
Perlu ada identiti yang tersendiri sama macam top blogger malaysia cakap. Dan sudah tentu, usaha yang lebih keras sangat-sangat diperlukan dalam target no 2 ni.

#3. Lebih income dengan blog.

Ianya samada melalui paid job, review produk, income pengiklanan atau apa sahaja yang melibatkan income. Dalam usaha aku nak buat duit dengan adsense, aku masih belum bertemu dengan kuncinya. Masih terlalu banyak yang perlu aku cari. Seronok juga sebenarnya tengok kawan-kawan dapat income dalam USD. Dan kalau mereka boleh buat, dah tentu aku pun boleh kan?

Banyak sebenarnya cabang untuk buat income dengan blog. Cuma kita sahaja yang perlu usaha lebih. Bukan usaha biasa-biasa je tau. Ok?

Ha! Dan 1 lagi, nak usaha untuk lebih review tempat-tempat yang menarik. Nak juga capai title travel blogger yang payah sangat nak dapat tu. Hehehe.

#4. Nak join paling kurang 1 event blogger.

Aku nak sangat join mana-mana event yang melibatkan blogger ni. Tak kisahlah event pelancaran produk ke, artis ke, apa ke, janji melibatkan blogger. Nak duduk semeja dengan blogger dan berkongsi pelbagai ilmu mengenai blog dan cara jana income dengan blog. Tapi itulah, kebanyakannya buat dekat KL. Aku ni di Melaka, agak susah juga sebenarnya.

Tapi kalau dah masuk dalam target, kenalah usaha untuk capai jugakan? InsyaAllah, tahun ni aku nak usaha untuk join mana-mana event blogger. ok?

#5. Nak bawa keluarga bercuti naik kapal terbang.

Hahaha. Dah lama sebenarnya aku rancang benda ni. Semuanya sebab aku dah beberapa kali ke luar negara sorang diri, dan cerita pulak dengan wife dengan anak-anak. Jadi kesian pula mereka tak pernah ada pengalaman macam tu. Jadi target tahun ni, nak bawa mereka bercuti dengan naik kapal terbang. Kalau naik kereta tu dah biasa dah. Dan biasa jugalah aku drive sorang-sorang. Adeh!

Oklah. Rasanya, inilah Apa Yang Aku Inginkan Dalam Tahun 2017 ni. TIdak terlalu susah pun nak capai kan? Tapi disebabkan ini adalah tahun permulaan, kita cuba letak target yang sedikit mudah dahulu. Bila dah berjaya capai semua benda ni, barulah kita letak target yang lebih besar tahun depan. Barulah kita boleh capai, betul tak? Ini target kecik pun takleh ccapai, lagi ada hati nak capai target besar. Hehehe. Oklah, ini azam aku tahun ni, korang pulak macamana?

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.