Menang giveaway slimmtreat : Chia seeds Slimmtreat!

Chia seeds Slimmtreat


Menang giveaway slimmtreat : Chia seeds Slimmtreat! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, dapat menulis lagi hari ini selepas kesibukan melampau pada hari semalam. Yang sebenarnya, tak sibuk mana pun, Cuma perlu join team untuk visit supplier. Hahaha. Tapi banyaklah kerja kena buat kan? Ok. Balik je rumah semalam, wife aku bagi aku 1 bungkusan yang aku memang dah tahu dah apa isi dia, tadaa! Chia Seeds daripada Slimmtreat!

Aku dah banyak tengok bloggers malaysia, bloggers Indonesia, Singapore dan seluruh negara punya bloggers menulis mengenai Kebaikan Chia Seed ni. Ada yang cakap, Kelebihan Chia Seed untuk orang berdiet, untuk orang yang nak kurus, untuk penyakit darah tinggi, untuk ibu hamil, untuk kanak-kanak, eh! Macam-macam kelebihan ada, tapi tahu tidak, aku tak pernah pun rasa nak baca! Hahaha.

Ada juga blogger yang ceritakan dalam blog mereka, yang mereka berjaya menanam benih chia ni. eh! Tumbuh pokok lah! Tapi tak juga aku berjaya menarik minat aku sendiri untuk membaca. Sebab macam tak nampak apa-apa yang menarik dekat situ! Tapi! Ahha! tapi, selepas aku dapat 1 pek Chia seeds daripada Slimmtreat ni, aku terus jadi minat nak cari info.



Tahu kenapa?

Sebabnya, aku tak tahu dengan cara macamana aku nak manfaatkan makanan organic ni. hahaha. Itulah, sombong lagi taknak baca apa orang tulis kan? hehehe. Oklah. Lanjutkan terus dengan topik utama aku harini. Sebelum itu, kenalah tahu Asal Usul Chia Seeds ni. Aku ceritakan secara ringkaslah ye, jika mahukan info yang lebih, kenalah cari, ok?

Asal Usul Chia Seeds.


Ok. Benih chia ni diperolehi daripada Salvia hispanica of the Lamiaceae family. Benih-benih Salvia ni digunakan secara perubatan dan makanan. Orang lama dulu menganggap benih chia ni sama penting dengan tanaman jagung. Boleh juga dikatakan yang chia seed ni menjadi makanan ruji kepada masyarakat di wilayah Aztec nun di mexico! Kalau kita di malaysia ni, apa makanan ruji kita? ha! Pandai pun, nasi lah. Hehe.

Dan seperti yang aku ada beritahu awal tadi, banyak sebenarnya kelebihan Chia seeds ni. Antaranya adalah untuk mereka yang sedang diet. Kalau kita baca info mengenai makanan organic ni, katanya ianya mampu mengenyangkan orang yang makan tu. Kiranya ambil sekali dan ianya mampu memberikan tenaga yang berpanjangan dan mengurangkan rasa lapar sekaligus mengurangkan kita untuk kerap makan! Ha! Itu yang aku baca hasil daripada penulisan bloggers lain ya.

Cara Makan Chia Seed.

Orait. Disebabkan aku tak tahu macamana cara nak makan chia seeds ini, sekali lagi aku perlu cari info mengenainya. Eh! Rupa-rupanya banyak hidangan istimewa yang kita boleh buat dengan chia seeds ni. antaranya adalah:

  1. Strawberries and Cream Chia Pudding.
  2. Lemon Poppy Seed Chia Loaf.
  3. Chocolate Chia Seed Pudding
Sekarang. aku dah tahu asal usul chia seeds ni, kemudian yang dapat beberapa info mengenai dan dah tahu pun cara nak makan chia seeds ni. Langkah seterusnya adalah, hasilkan makanan yang sedap dan tentunya berkhasiat dengan chia seeds ni! hehehe. Bila menjadi nanti, bolehlah aku kongsikan dalam blog ceritaejoy ni nanti ya! ok. Aku nak cuba buat dulu ya! J

6 ulasan:

  1. Hehe. Kite terus cari kelebihan chia seed untuk pregnant woman. :)

    BalasPadam
  2. Tahniahh! Tak pernah merasa jugak chia seed ni. Selalu tengok dlm blog dan insta je. :)

    BalasPadam
  3. tahniah2. hehe. sy tak pernah rasa mcm mana rasa chia seed tu.

    BalasPadam
  4. tahniah..sy pon dpt gak..blom cuba lg..

    BalasPadam
  5. Sedap tak? Dengar cerita boleh kurus kalau makan chia seed ni.. :O

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.